Monday, August 11, 2008

Sebuah Seloka: "KITA DAN AURAT(I)

"Tutup aurat satu tuntutan,Dalam keluarga wajib tekankan,Kalau tak ikut gunalah rotan,Demi melaksanakan perintah Tuhan.Aurat ditutup mestilah lengkap,Tudung litup termasuk skap,Mini telekong pun orang cakap,Elok dipandang tak payahpun 'make up'.Sekurang-kurangnya berbaju kurung,Lebih elok jubah mengurung,Kaki pula mesti bersarung,Ditumit kaki syaitan bertarung.Kalau wanita menutup aurat,Orang jahat tak berani ngorat,Bahkan boleh menjadi ubat,Orang memandang boleh bertaubat.Pakaian modern(?) memanglah hebat,Harganya mahal walaupun ketat,Walaupun cantik tetapi singkat,Orang memakaipun nampak pusat.Berseluar ketat bajupun ketat,Jarangnya pulak boleh dilihat,Orang yang memakai terus dilaknat,Oleh Allah, Rasul dan Malaikat.Apa yang aneh bila dipandang,Lengan pendek tapi bertudung,Nampak seperti orang yang kudung,Mata terpandang kaki tersandungLagilah aneh bila di fikir,Baju kebaya tudung berukir,Nampak dada iman terjungkir,Kain terbelah peha terukir.Bila ditanya kenapa begitu,Dia kata fesyennya dah macam tu,Di dalam hati niat tertentu,Menggoda jantan sudahlah tentu.Menutup aurat boleh berfesyen,Tetapi jangan menunjuk eksyen,Sesuaikan diri ikut profesyen,Kalau dilaknat tak guna sesen.Kalau nak "Make Up" biarlah padan,Jangan terlebih bila berdandan,Minyak wangi cuba elakkan,Bedak dan gincu sekadar keperluan.Kasut tinggi cuba jauhi,Kerana ia melahirkan bunyi,Boleh menarik perhatian lelaki,Perbuatan ini dibenci Ilahi.Apatah lagi menghentakkan kaki,Menarik perhatian orang laki-laki,Melenggok punggung menggoda hati,Ustaz melihat pun separuh mati.Buat apa nak tayang jambul,Kecantikan tak usah ditonjol-tonjol,Mahkota disimpan tak jadi bisol,Memakai tudung Islam tersimbol.Selokaku ini bukanlah jahat,Cuma saja mahu peringat,Kepada semua para sahabat,Terutama sekali rakan sejawat.Kalau nak ikut nasihat ini,Jangan bertangguh ubahlah diri,Benda yang baik tak payah diuji,Akan terserlah akhlak terpuji.Kepada semua kawan lelaki,Jangan tergelak wanita diperli,Keluarga kita tak terkecuali,Terutama sekali anak dan bini.Sudahkah kita tanamkan iman,Menutup aurat sepanjang badan,Ke sana sini dilindungi Tuhan,Keluarga menjadi contoh teladan.Setakat ini seloka kami,Harap dapat menghibur hati,Yang baik bolehlah anda ikuti,Kalau boleh besok mulai.Sekian Terima(lah) Kasih,

Sistem Pusaka dalam Islam

Ilmu Pusaka merupakan suatu ilmu yang berkaitan dengan masalah pusaka. Tujuan utama antara lain :

Untuk mengetahui kedudukan seseorang samada ianya sebagia ahli waris atau sebaliknya.
untuk mengetahui kadar yang sepatutnya diterima oleh setiap ahli waris
Untuk mengetahui cara-cara bagaimana sesuatu harta itu dibahagikan kepada ahli waris samada ahli waris lelaki atau perempuan.

Ilmu pusaka mengandungi 2 bahagian ilmu iaitu:

Teori-teori fiqh/ masalah fiqh dan hukumnya
cara perkiraan ataupun hisab yang boleh membawa kepada penyelesaian dalam masalah pembahagian pusaka

Ilmu pusaka juga dikenali juga oleh kitab tradisoanal sebagai ilmu mwaris atau ilmu faraid. Perkataan al-mawaris adalah kata jamak daripada miras. Dalam bahasa Arab membawa 2 pengertian:

al-baqa’ kekal
al-Intiqal Perpindahan sesuau harta daripada seseorang kepada seseoarang yang lain

Dari segi syarak al-miras bermaksud “ hak seseorang manusia terhadap sesuatu harata selepas berlaku kematian seseoarang pemiliknya melalui sebab-sebab tertentu dan syarat-syarat tertentu. Yang dimaksudkan dengan sebab-sebab tertentu mengikut hukum pusaka islam ialah bermaksud;

Perkahwinan
Nasab/qarabah
Pembebasan hamba/ al-wala’

Perkataan al-Faraid atau jamak al-Faridah dalam bahasa arab mempunyai beberapa maksud iaitu:

al-Taqrir kadar yang ditetapkan
al-Qat’ Putus
al-Inzal Diturunkan
al-Bayan Penjelasan, penerangan
al-halal yang dihalalkan harus oleh Allah

Dari segi syarak al-faridah bermaksud bahagian yang tetap yang telah ditetapkan oleh syarak daripada segi syarak untuk ahli-ahli waris.

Berdasarkan kepada tafsiran data ilmu mawaris merupakan suatu ilmu yang boleh membawa seseorang itu mengetahui kadar yang wajib bagi setiap ahli waris atau orang yang berhak kepada harta pusaka yang ditinggalkan oleh simati.

Persoalan utama yang dibicrakan dalam ilmu faraid ini ialah:

Mengenai harta pusaka dari aspek orang-oarang yang berhak kepada harat pusaka tersebut dan cara-cara pembahagianya.
Manakala objektif atau matlamat pembelajaran ilmu ini semata-mata memberikan hak kepada seseorang atau ahli waris tentang hak mereka dalam pembahagian pusaka dan demikian juga tentang saham atau bahagian yang sepatutnya mereka terima mengikut cara yang betul.