Thursday, August 14, 2008

Fardhu Ain

1) PENGERTIAN NIKAH

a) Apakah erti nikah?
b) Apakah hukum berkahwin atau bernikah?
c) Apakah hikmah berkahwin?
d) Bagaimana cara memilih isteri?
e) Bagaimana cara memilih suami?
f) Siapakah perempuan- perempuan yang harus dipinang?
g) Nyatakan rukun dan syarat akad nikah?


2) WALI

a) Bagaimana perkahwinan yang dianggap sah mengikut hukum syarak?
b) Bagaimana sekiranya wanita hendak berkahwin sedangkan wali tidak ada?
c) Apakah syarat- syarat orang yang harus menjadi wali?
d) Menyentuh masalah adil. Apakah yang dimaksudkan dengan adil dalam masalah wali ini?
e) Siapakah yang harus menjadi wali?
f) Siapakah diantara wali- wali tersebut yang lebih berhak dan lebih utama menjadi wali?
g) Jika bapa perempuan tidak ada siapakah yang berhak menjadi walinya?


3) TALAQ

a) Apakah erti talaq?
b) Apakah hukum talaq atau cerai?
c) Sebutkan jenis- jenis talaq?
d) Sebutkan rukun- rukun talaq?
e) Apakah syarat- syarat yang hendak mentalaki isterinya?
f) Bagaimana kalau suami itu mentalaki isterinya dengan bergurau .Adakah jatuh talaqnya?
g) Siapakah yang berhak menjatuhkan talaq sekiranya berlaku persengketaan diantara suami dan isteri?

4)RUJU’

a) Apakah erti ruju’?
b) Adakah ruju’ mesti minta keizinan dan persetujuan bekas isteri terlebih dahulu?
c) Bolehkah bekas isteri menghalang bekas suami merujukinya?
d) Adakah ruju’ ini mempunyai rukun?
e) Apakah syarat- syarat suami yang harus mengauli isterinya?
f) Apakah syarat – syarat isteri yang harus dirujuki?



5) POLIGAMI

a) Apakah erti poligami?
b) Apakah hkum poligami dalam Islam?
c) Apakah syarat- syarat dalam Islam yang mengharuskan seseorang itu berpoligami?
d) Jika seseorang lelaki itu telah menyedari tidak dapat berlaku adil kepada istweri- isterinya tetapi ia terus juga berpoligami , Bagaimana pandangan Islam terhadap orang tersebut?
e) Apakah yang dimaksudkan dengan keadilan yang menjadi syarat penting dalam masalah poligami ini?
f) Apakah hikmahnya Islam mengharuskan poligami/


6) PUASA

a) Apakah erti puasa dan sebutkan lafaz niat puasa bulan ramadhan?
b) Sebutkan perkara yang membatalkan puasa?
c) Nyatakan hikmah puasa?
d) Apakah hukum berpuasa ?
e) Sebutkan perkara – perkara yang sunat dilakukan ketika berpuasa?
f) Apakah keistimewaan bulan Ramadhan berbanding dengan dengan bulan yang lain.?
g) Sebutkan perkara- perkara yang makruh dilakukan ketika berpuasa?


7)ADAB TERHADAP IBU BAPA

a) Bagaimana cara hendak menghormati Ibu Bapa?
b) Apakah yang dimaksudkan dengan ayat dibawah?


( )
( )

c) Jasa dan pengorbanan Ibu Bapa amat besar .Jelaskan?
d) Apakah hak- hak yang perlu di tunaikan oleh setiap anak terhadap Ibu Bapanya?
e) Apakah akibat anak yang derhaka kepada kedua Ibu Bapa?
f) Apakah doa yang sesuai di baca terhadap IbuBapa?

Borang Kenaikan Pangkat

FORMAT 8.1
Ke majlis,

YB. Dato’ Pengerusi
Jumaah Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam Negeri Kelantan,
d/a Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan
(Bahagian Pengurusan Sumber Manusia)
Kota Darulnaim, KOTA BHARU.

Melalui:



PERMOHONAN KENAIKAN PANGKAT JAWATAN
PEGAWAI UNDANG-UNDANG GRED L41 KE JAWATAN
PEGAWAI UNDANG-UNDANG L44 NEGERI

Adalah saya dengan hormatnya memohon untuk dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan tersebut di atas. Butir-butir peribadi saya adalah seperti berikut:-

a) Nama Penuh :

b) Tarikh Lahir : Umur :

c) No. Kad Pengenalan :

d) Kelulusan Akademik :

e) Gaji Sekarang :

f) Tarikh Dilantik/Serap Ke Jawatan Sekarang :

g) Tarikh Disahkan Dalam Jawatan Sekarang :

2. Saya sesungguhnya mengetahui bahawa kenaikan pangkat ini mungkin menyebabkan saya ditukarkan ke tempat lain. Oleh itu saya *sanggup ditukarkan/tidak sanggup ditukarkan sekiranya saya berjaya di dalam urusan kenaikan pangkat kelak.

Yang benar,


………………………………..
(Tandatangan Pemohon)

Nama Penuh

Jabatan:
Tarikh:

*Potong mana yang tidak dikehendaki
LAMPIRAN C

LAPORAN TATATERTIB

Untuk kenaikan pangkat ke jawatan :

[ Butiran-Butiran Persendirian Pegawai ]

Nama pegawai :

Jawatan sekarang dan tarikh penempatan ke jawatan itu :



[ Laporan Tindakan Tatatertib ]










Tandatangan : ……………………………………….
Tarikh : ………………………………………………
Nama pegawai (pelapor) : ………………………………………………………………………………
Jawatan : ………………………………………………………………………………………………...
Sekiranya tiada tindakan/cadangan tatatertib, sila nyatakan demikian.

LAMPIRAN T1
BUTIR-BUTIR CALON UNTUK TAPISAN KEUTUHAN

PERINGATAN

Semua ruangan hendaklah dipenuhkan. Jika tidak berkenaan tulis
‘TIDAK BERKENAAN’,jika tiada, tulis ‘TIADA’


A. 1. NAMA :

2. NO. KAD PENGENALAN

2.1: (BARU) 2.2. (LAMA)

3. TARIKH/TEMPAT LAHIR :

4. JAWATAN/PEKERJAAN :


5. GAJI HAKIKI SEBULAN :

6. ALAMAT PEJABAT : TEL :



ALAMAT RUMAH : TEL :

7. JAWATAN/PEKERJAAN TERDAHULU (SENARAIKAN)

GELARAN JAWATAN TEMPOH BEKERJA (TAHUN)
1.
2.
3.
4.






LAMPIRAN T1
8. JAWATAN YANG DIPEGANG DALAM PERTUBUHAN / LAIN-LAIN





9. REKOD AKADEMIK

BIL SIJIL/IJAZAH INSTITUT / PUSAT PENGAJIAN TINGGI TAHUN
1
2
3.

B. 1. NAMA ISTERI :



2. JAWATAN / PEKERJAAN ISTERI :


3. ALAMAT PEJABAT :

KPLI

PANDUAN TAWARAN
KURSUS PERGURUAN LEPAS IJAZAH (KPLI) SEPENUH MASA
AMBILAN JANUARI 2008







KANDUNGAN MUKA SURAT



1. Penerimaan Tawaran Kursus 2 - 3
2. Penolakan Tawaran Kursus 4 - 5
Pendaftaran Kursus

3. Bidang Kursus 5 - 6
Peperiksaan dan Penilaian

4. Struktur dan Komponen Kursus KPLI 7 - 11

5. Pertukaran Bidang Pengajian dan Pusat 11 - 12
Berkursus, Kehadiran, Disiplin dan Perjanjian,
Elaun, Penginapan

6. Pelanggaran Perjanjian Pendidikan Guru 13

7. Panduan Untuk Melengkapkan Borang 14 - 19
Perjanjian dan Butiran Penjamin dan Saksi


8. Borang-Borang

(i) Penerimaan Tawaran

(ii) Borang Penolakan Tawaran

(iii) Borang Pemeriksaan Doktor














PANDUAN TAWARAN
KURSUS PERGURUAN LEPAS IJAZAH (KPLI) SEPENUH MASA



Program KPLI adalah satu program lepasan ijazah yang mengambil masa satu tahun (dua semester). Pelajar yang berjaya menamatkan kursus dalam tempoh masa yang ditetapkan akan dianugerahkan Diploma Pendidikan. Sebagai pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG) anda tertakluk kepada peraturan IPG dan Kementerian Pelajaran Malaysia sepanjang anda menjalani kursus.

Buku Panduan Tawaran ini disediakan sebagai panduan untuk anda mengambil tindakan sewajarnya setelah menerima Surat Tawaran.


1. PENERIMAAN TAWARAN KURSUS

Jika anda menerima tawaran kursus sila ambil tindakan berikut:

1.1 Lengkapkan Borang Penerimaan Tawaran Kursus (warna hijau) dalam dua salinan.

(a) Satu salinan Borang Penerimaan Tawaran Kursus hendaklah dikirimkan segera kepada :

Ketua Setiausaha
Kementerian Pelajaran Malaysia
Bahagian Pendidikan Guru
(Unit Pengambilan dan Penempatan Pelajar)
Aras 3, Blok E 13
Kompleks Kerajaan Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya
62604 Putrajaya

(b) Satu salinan lagi hendaklah dikirimkan segera kepada Pengarah Institut Pendidikan Guru berkenaan. Pihak institut berkenaan akan mengirimkan kepada anda maklumat dan panduan untuk melaporkan diri apabila menerima Borang Penerimaan Tawaran Kursus daripada anda.


1.2 Lengkapkan dengan betul, lima salinan borang Perjanjian Pendidikan Guru dan lima salinan Butiran Penjamin Dan Saksi. Sila rujuk perkara 13.5 dalam Buku Panduan ini untuk mendapatkan keterangan lanjut bagi melengkapkan borang di atas.

(a) Sediakan lima salinan fotostat Surat Tawaran yang telah disahkan. Kepilkan satu salinan Surat Tawaran tersebut pada tiap-tiap keping borang Perjanjian Pendidikan Guru. (Surat Tawaran Asal boleh didapati semasa pendaftaran).


2




(b) Ketika melapor diri, bawa bersama lima keping setem hasil yang bernilai RM 10.00 tiap-tiap satu untuk urusan borang perjanjian berkenaan. Urusan mematikan setem akan dilakukan oleh pihak institut pendidikan guru berkenaan.

1.3 Anda dikehendaki menjalani pemeriksaan doktor.

(a) Untuk tujuan 1.3 anda hendaklah melengkapkan surat KP(BPG)9115/8/2/SJ dan Borang Am 402. Kedua-dua dokumen ini hendaklah diserahkan kepada Pegawai Perubatan Kerajaan atau swasta untuk mendapatkan pemeriksaan doktor.

(b) Sila pastikan keputusan pemeriksaan doktor (keratan Borang Am 402) tersebut mengandungi keputusan pemeriksaan x-ray dada dan paru-paru juga alamat lengkap hospital atau klinik di mana anda menjalani pemeriksaan tersebut.

(c) Keputusan pemeriksaan doktor tersebut hendaklah diserahkan kepada pegawai bertugas ketika melapor diri. Anda perlu menyediakan dua salinan fotostat keputusan pemeriksaan doktor yang telah disahkan untuk kegunaan IPG berkenaan.

(d) Semua urusan dan perbelanjaan bagi pemeriksaan doktor serta x-ray adalah tanggungan anda sendiri.


PERINGATAN

1. Sekiranya anda sedang berkhidmat anda hendaklah meletak jawatan sebelum mendaftar di IPG yang ditetapkan. Penangguhan pendaftaran tidak dibenarkan.

2. Sekiranya anda berkhidmat dengan kerajaan, kelulusan cuti belajar/cuti belajar tanpa gaji/pelepasan jawatan dengan izin/perletakan jawatan perlu diperolehi sebelum anda mengikuti latihan ini. Adalah diingatkan bagi tujuan lantikan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, pegawai yang meletak jawatan adalah tertakluk kepada Perintah Am 6 Bab A.

3. Anda tidak boleh didaftarkan secara rasmi sekiranya anda gagal menyerahkan keputusan pemeriksaan doktor termasuk keputusan x-ray semasa melapor diri.

4. Sekiranya anda mengalami kesuntukan masa untuk mendapatkan pemeriksaan doktor di tempat tinggal anda dan keputusan pemeriksaan tersebut tidak sempat disiapkan sebelum melapor diri, anda bolehlah membawa bersama surat KP(BPG)9115/8/2/SJ dan Borang Am 402 semasa melapor diri untuk mendapatkan pemeriksaan doktor di bandar yang berhampiran dengan IPG berkenaan. Anda diberi tempoh tidak lebih daripada 30 hari dari tarikh anda melapor diri untuk mendapat dan menyerahkan keputusan pemeriksaan doktor termasuk x-ray.

3





2. PENOLAKAN TAWARAN KURSUS


2.1 Sila ambil tindakan berikut jika menolak tawaran berkursus.

(a) Lengkapkan Borang Penolakan Tawaran Kursus (warna merah jambu) dalam dua salinan.

(b) Kembalikan dengan segera satu salinan Borang Penolakan Tawaran Kursus bersama-sama bahan yang telah diterima kepada Bahagian Pendidikan Guru.

(c) Kirimkan dengan segera satu salinan lagi Borang Penolakan Tawaran Kursus ke IPG berkenaan.

3. PENDAFTARAN KURSUS

(a) Calon dikehendaki hadir sendiri semasa mendaftar. Pendaftaran melalui wakil tidak dibenarkan. Calon mesti melapor di IPG yang telah ditetapkan pada tarikh seperti yang tertera dalam surat tawaran.

(b) Semasa melapor diri di IPG, calon dikehendaki mengemukakan dokumen asal berikut kepada pegawai bertugas untuk semakan dan pengesahan.

i) Surat Tawaran Berkursus.
ii) Sijil kelahiran.
iii) Kad Pengenalan yang menunjukkan taraf warganegara Malaysia.
iv) Sijil Peperiksaan SPM/MCE/SPVM/SPMV/STP/HSC/ STPM/Diploma/Ijazah.
v) Surat Pengiktirafan Nilai Taraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi ijazah yang diperoleh samada dari IPTA dalam negara, IPT luar negara atau IPTS tempatan.

(c) Calon tidak boleh didaftarkan sebagai pelajar di institut sekiranya gagal mengemukakan semua dokumen ASAL.

(d) Semasa melapor diri calon juga dikehendaki membawa bersama:

i) Lima salinan fotostat bagi setiap dokumen seperti tersebut di atas dan yang telah disahkan.

ii) Lima salinan borang Perjanjian Pendidikan Guru dan Butiran Penjamin dan Saksi.

iii) Borang Pemeriksaan Doktor untuk memasuki Perkhidmatan Kerajaan yang telah disahkan oleh pegawai perubatan.

4





iv) Gambar berukuran pasport sebanyak 10 keping.

v) Bayaran untuk minggu pendaftaran pelajar sebanyak RM300.00.

vi) Pakaian dan kasut sukan.

vii) Pakaian formal.

viii) Keperluan asas untuk pembelajaran dan semasa menginap di asrama.

(e) Sesi interaksi pelajar bermula selepas pendaftaran.


PERINGATAN

Tawaran bagi mengikuti kursus ini adalah tidak sah bagi calon yang didapati mengandung atau baru melahirkan anak dan masih belum melepasi tempoh 60 hari bersalin atau ditimpa kemalangan/sakit yang memerlukan rawatan berpanjangan/beberapa bulan untuk sembuh sepenuhnya semasa menerima tawaran ini. Penangguhan pendaftaran kursus adalah tidak dibenarkan dalam kes-kes di atas. Calon bolehlah memohon untuk mengikuti kursus ini pada tahun berikutnya.


4. BIDANG KURSUS

Bidang kursus yang akan diikuti merangkumi :

(a) Akademik

i) Mata pelajaran Asas Dinamika Guru
ii) Mata pelajaran Ilmu Pendidikan
iii) Mata pelajaran major dan minor

(b) Gerak Kerja Kokurikulum (kelab/persatuan, unit beruniform, sukan dan permainan).

(c) Praktikum – Pengalaman latihan mengajar di sekolah.


5. PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN

Sebagai pelajar (murid pendidikan guru) anda:

(a) adalah tertakluk kepada syarat dan peraturan Sistem Peperiksaan dan Penilaian yang dikuatkuasa mengikut Akta Pendidikan 1996 (Akta 550);

(b) mesti menjalani penilaian dan menduduki peperiksaan serta lulus setiap komponen kursus pengajian dan program latihan yang ditetapkan;

5




(c) layak menduduki peperiksaan jika kehadiran anda 100% bagi setiap komponen kursus iaitu akademik, praktikum (jika berkenaan), aktiviti luar kurikulum dan semua aktiviti yang dijadualkan oleh IPG. Anda juga mesti lulus semua kerja kursus;


(d) lulus peperiksaan apabila anda lulus semua kaedah penilaian bagi setiap mata pelajaran pada setiap semester/peringkat;


(e) hendaklah mendapat nilai mata gred tidak kurang daripada 2.00 bagi setiap mata pelajaran untuk lulus peperiksaan; dan


(f) akan diberhentikan kursus apabila mendapat purata mata gred (PMG) 1.50 atau kurang.

































6








6. STRUKTUR DAN KOMPONEN
KURSUS PERGURUAN LEPAS IJAZAH SEKOLAH RENDAH
AMBILAN 2008


KOMPONEN
MATA PELAJARAN
JUMLAH

(A) PENGAJIAN
ASAS 1. Bahasa Melayu Komunikasi 1 kredit
2. Pengurusan Sumber 2 kredit
3. Tamadun Islam 1 kredit
4. Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral 1 kredit
5. Pendidikan Negara Bangsa Malaysia 1 kredit
6. Pendidikan Alam Sekitar 1 kredit
7. Muzik Dalam Pengajaran dan Pembelajaran 1 kredit
8. Pendidikan Jasmani 1 kredit
Jumlah (A) 9 kredit
(B) PENGAJIAN
PROFESIONAL
9. Ilmu Pendidikan
7 kredit
Jumlah (B) 7 kredit
(C ) PENGAJIAN 10. Major 8 kredit
KURIKULUM 11. Minor 1 4 kredit
PERSEKOLAHAN 12. Minor 2 4 kredit
Jumlah (C) 16 kredit
(D) KOKURIKULUM 13. Kokurikulum
• Pengurusan Gerko 1 kredit
• Unit Beruniform 1 kredit
• Sukan 1 kredit
Jumlah (D) 3 kredit
35 kredit
(E) PRAKTIKUM 14. Latihan Amali
12 M
( 6 kredit )

JUMLAH KREDIT KESELURUHAN
41 kredit
(Tertakluk kepada perubahan)
NOTA

1. Program KPLI Sekolah Rendah dikendalikan dalam tempoh 39 minggu yang merangkumi 1 minggu
pengurusan pelajar baru, 24 minggu interaksi kuliah , 12 minggu praktikum, 1 minggu refleksi dan 1
minggu peperiksaan.
2. Program Bina Insan Guru dilaksanakan secara pakej perkhemahan 4 hari, 3 malam termasuk
perjalanan. Masa pelaksanaan perkhemahan ditetapkan oleh institut sendiri.
3. Praktikum dikendalikan dalam 2 fasa. Pelaksanaannya ialah pada Semester 2 selama 12 minggu.
4. Mulai ambilan 2004, Pendidikan Pencegahan Dadah dilaksanakan di dalam dan di luar bilik kuliah
pada hujung minggu selama satu atau dua minggu.
5. Sebanyak 10 hari diagihkan untuk lawatan pengalaman berasaskan sekolah sebelum praktikum fasa 1.
6. Calon IPTA tempatan dibenarkan pindah kredit Tamadun Islam.
7. Kandungan Pengurusan Sumber merangkumi 3 bidang pembelajaran iaitu Teknologi Maklumat &
Komunikasi, Teknologi Pendidikan dan Sains Perpustakaan.
8. Pengiraan Kredit
• 1 kredit kuliah = 15 jam interaksi
• 1 kredit amali kokurikulum = 45 jam
• 1 kredit praktikum = 2 minggu


7



MATA PELAJARAN
KURSUS PERGURUAN LEPAS IJAZAH SEKOLAH RENDAH
Ambilan 2008

PENGAJIAN ASAS
1. Bahasa Melayu Komunikasi 5. Pendidikan Alam Sekitar
2. Pengurusan Sumber 6. Muzik Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
3. Tamadun Islam 7. Pendidikan Jasmani
4. Pendidikan Negara Bangsa Malaysia 8. Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral

PENGAJIAN PROFESIONAL
1. Ilmu Pendidikan
 Psikologi Pendidikan
 Pedagogi
 Profesionalisme Guru

PENGAJIAN KURIKULUM PERSEKOLAHAN (MAJOR)
1. Bahasa Melayu 10. Kemahiran Hidup
2. Bahasa Inggeris 11. Pendidikan Seni Visual
3. Bahasa Cina 12. Pendidikan Jasmani
4. Bahasa Tamil 13. Pendidikan Moral
5. Bahasa Arab 14. Bimbingan dan Kaunseling
6. Pengajian Islam 15. Pendidikan Khas
7. Matematik 16. Prasekolah
8. Sains 17. Pendidikan Muzik
9. Bahasa Cina
Sekolah Kebangsaan 18. Bahasa Tamil Sekolah Kebangsaan

PENGAJIAN KURIKULUM PERSEKOLAHAN (MINOR)
KUMPULAN BAHASA KUMPULAN AGAMA DAN MORAL
1. Bahasa Inggeris 1. Pendidikan Islam
2. Bahasa Arab 2. Pendidikan Al-Quran
3. Bahasa Melayu 3. Pendidikan Moral

KUMPULAN SAINS DAN TEKNOLOGI KUMPULAN SAINS SOSIAL
1. Matematik 1. Kajian Tempatan
2. Sains 2. Pendidikan Seni Visual
3. Kemahiran Hidup 3. Pendidikan Muzik
4. Pendidikan Jasmani 4. Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
5. Pendidikan Kesihatan 5. Pendidikan Muzik (Prasekolah)
6. Pendidikan Seni Visual (Prasekolah)


8




KURSUS PERGURUAN LEPAS IJAZAH SEKOLAH RENDAH
KOMBINASI MAJOR DAN MINOR
AMBILAN 2008



MAJOR
MINOR 1
( pilih satu)
MINOR 2
( pilih satu )

Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Bahasa Cina
Bahasa Tamil
Bahasa Cina Sekolah
Kebangsaan
Bahasa Tamil Sekolah
Kebangsaan
Kumpulan Sains dan Teknologi
• Matematik
• Sains
• Kemahiran Hidup
• Pendidikan Jasmani
• Pendidikan Kesihatan Kumpulan Agama dan Moral
• Pendidikan Moral

Kumpulan Sains Sosial
• Kajian Tempatan
• Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan
• Pendidikan Seni Visual
• Pendidikan Muzik
Bahasa Arab Kumpulan Agama dan Moral
• Pendidikan Al-Quran Kumpulan Agama dan Moral
• Pendidikan Islam
Pengajian Islam Kumpulan Agama dan Moral
• Pendidikan Al-Quran Kumpulan Bahasa
• Bahasa Arab
Matematik
Sains Kumpulan Bahasa
• Bahasa Inggeris Kumpulan Sains dan Teknologi
• Kemahiran Hidup
• Pendidikan Jasmani
• Pendidikan Kesihatan

Kumpulan Agama dan Moral
• Pendidikan Moral

Kumpulan Sains Sosial
• Kajian Tempatan
• Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan
• Pendidikan Seni Visual
• Pendidikan Muzik
Kemahiran Hidup Kumpulan Sains dan Teknologi
• Matematik
• Sains
• Pendidikan Jasmani
• Pendidikan Kesihatan Kumpulan Bahasa
• Bahasa Melayu

Kumpulan Agama dan Moral
• Pendidikan Moral

Kumpulan Sains Sosial
• Kajian Tempatan
• Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan
• Pendidikan Seni Visual
• Pendidikan Muzik

9





MAJOR
MINOR 1
( pilih satu) MINOR 2
( pilih satu )
Pendidikan Jasmani Kumpulan Sains dan Teknologi
• Pendidikan Kesihatan Kumpulan Bahasa
• Bahasa Melayu

Kumpulan Agama dan Moral
• Pendidikan Moral

Kumpulan Sains Sosial
• Kajian Tempatan
• Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan
• Pendidikan Seni Visual
• Pendidikan Muzik
Pendidikan Seni Visual Kumpulan Sains dan Teknologi
• Kemahiran Hidup
• Pendidikan Jasmani
• Pendidikan Kesihatan
Kumpulan Bahasa
• Bahasa Melayu

Kumpulan Agama dan Moral
• Pendidikan Moral

Kumpulan Sains Sosial
• Kajian Tempatan
• Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan
• Pendidikan Muzik
Pendidikan Moral Kumpulan Sains dan Teknologi
• Kemahiran Hidup
• Pendidikan Jasmani
• Pendidikan Kesihatan Kumpulan Bahasa
• Bahasa Melayu

Kumpulan Sains Sosial
• Kajian Tempatan
• Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan
• Pendidikan Seni Visual
• Pendidikan Muzik
Prasekolah Kumpulan Sains Sosial
• Pendidikan Seni Visual
(Prasekolah) Kumpulan Sains Sosial
• Pendidikan Muzik
(Prasekolah)
MAJOR MINOR ( pilih satu sahaja)
Bimbingan dan Kaunseling Kumpulan Sains dan Teknologi
• Kemahiran Hidup
• Pendidikan Jasmani
• Pendidikan Kesihatan

Kumpulan Sains Sosial
• Kajian Tempatan
• Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
• Pendidikan Seni Visual
• Pendidikan Muzik
Pendidikan Khas Kemahiran Hidup sahaja ditawarkan


10
MAJOR MINOR ( pilih satu sahaja)
Pendidikan Muzik Kumpulan Sains dan Teknologi
• Kemahiran Hidup
• Pendidikan Jasmani
• Pendidikan Kesihatan

Kumpulan Bahasa
• Bahasa Melayu
Kumpulan Agama dan Moral
• Pendididkan Moral
Kumpulan Sains Sosial
• Kajian Tempatan
• Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
• Pendidikan Seni Visual
• Pendidikan Muzik



(Tertakluk kepada perubahan)


7. PERTUKARAN BIDANG PENGAJIAN (PENGKHUSUSAN)
DAN PUSAT BERKURSUS

Adalah diingatkan bahawa pertukaran bidang pengajian (pengkhususan) dan pusat berkursus tidak dibenarkan kerana:

(a) tawaran dibuat berdasarkan pengkhususan yang dipohon.

(b) penempatan dibuat berdasarkan institut tertentu yang ada menawarkan pengkhususan tersebut.

(c) kekosongan tempat terdapat di IPG tertentu sahaja.

Oleh yang demikian anda hendaklah mempertimbangkan sebaik-baiknya masalah yang dihadapi (jika ada) seperti mempunyai anak kecil yang perlukan perhatian, ibu bapa yang tua dan uzur dan ingin berdekatan dengan suami/isteri/keluarga sebelum membuat keputusan menerima tawaran ini.

8. KEHADIRAN

(a) Kehadiran 100% bagi setiap komponen kursus adalah wajib.

(b) Penglibatan secara aktif adalah perlu dalam gerak kerja kokurikulum (GERKO) seperti sukan, permainan, unit beruniform persatuan dan aktiviti luar yang lasak. Syarat lulus GERKO juga adalah wajib.

(c) Pelajar wajib mengikuti mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Penglibatan secara aktif adalah penting dan syarat lulus juga adalah wajib.

11






9. DISIPLIN DAN PERJANJIAN

Sebagai pelajar institut, anda adalah tertakluk kepada Akta 174 iaitu Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib 1976) yang telah mula dilaksanakan mulai Januari 1998. Oleh itu, seseorang pelajar yang didapati bersalah atas sesuatu kesalahan tatatertib oleh pihak berkuasa tatatertib, boleh dikenakan mana-mana satu daripada hukuman-hukuman atau mana-mana dua atau lebih hukuman-hukuman itu disatukan sekali seperti berikut :


(a) amaran;

(b) denda tidak lebih daripada lima ratus ringgit;

(c) digantung daripada menggunakan apa-apa atau kesemua kemudahan-kemudahan institusi selama tempoh yang ditentukan;

(d) digantung daripada mengikuti kursus pengajian di institusi selama tempoh yang ditentukan;

(e) dihalang daripada menduduki sebahagian atau keseluruhan peperiksaan di institusi;

(f) disingkir daripada mana-mana bahagian institusi selama tempoh yang ditentukan; dan

(g) dibuang daripada institusi.




10. ELAUN


Anda akan diberi elaun semasa berkursus iaitu RM1,336.71 (tertakluk kepada perubahan). Bagaimanapun anda dinasihatkan membawa bersama wang untuk keperluan asas yang mencukupi sementara menunggu pembayaran elaun. Elaun anda hanya dibayar setelah anda didaftarkan sepenuhnya sebagai pelajar institut (mengemukakan semua dokumen ASAL, laporan pemeriksaan doktor dan menyempurnakan Perjanjian Pendidikan Guru).


11. PENGINAPAN

(a) Anda dimestikan tinggal di asrama sekiranya penginapan semasa berkursus disediakan oleh IPG.

(b) Anda dikehendaki mematuhi semua arahan/peraturan penginapan yang dikeluarkan oleh pihak IPG sama ada anda menginap di asrama atau di luar asrama.

12






12. PELANGGARAN PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU

(a) Semasa berkursus anda sebagai pelajar diwajibkan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran dan Pengarah Institut berkenaan. Sekiranya melanggar syarat tersebut anda (pelajar) akan diberhentikan daripada mengikuti kursus seperti yang tersebut dalam Fasal 7 Perjanjian Pendidikan Guru dan anda serta penjamin-penjamin akan dikehendaki membayar balik kepada Kerajaan sejumlah wang yang ditetapkan oleh Kerajaan atau seperti yang tercatat dalam perjanjian.


(b) Sekiranya didapati anda (pelajar) telah mengemukakan maklumat palsu untuk mendapatkan tempat berkursus, tawaran berkursus ini akan dibatalkan dan anda akan diberhentikan daripada mengikuti kursus, atau jika kesalahan ini terbukti selepas anda menamatkan kursus dan sedang berkhidmat anda akan dipecat dan Diploma anda akan ditarik balik. Anda serta penjamin-penjamin akan dikehendaki membayar balik kepada Kerajaan sejumlah wang yang ditetapkan oleh Kerajaan seperti yang tersebut dalam Fasal 7 Perjanjian Pendidikan Guru berkenaan.




























13





13. PANDUAN UNTUK MELENGKAPKAN BORANG PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU (PPG/KPLI-2005) DAN BUTIRAN PENJAMIN DAN SAKSI (BPDS-in.1/99)

13.1 Anda dan penjamin-penjamin anda hendaklah membaca dengan teliti dan memahami kandungan perjanjian berkenaan sebelum melengkapkan dan menandatanganinya.

(a) Kosongkan ruang di baris pertama dan kedua pada muka surat 1 dalam Perjanjian Pendidikan Guru tersebut, iaitu di dalam ayat yang berbunyi “Perjanjian ini dibuat pada …….… haribulan ……. tahun ……………

(b) Kosongkan ruang di bahagian akhir muka surat 4 Borang Perjanjian Pendidikan Guru tersebut, daripada ayat “Ditandatangani bagi pihak KERAJAAN MALAYSIA oleh ……………. hingga baris terakhir.

(c) Ruangan dalam butiran (a) dan (b) di atas akan dilengkapkan oleh pihak institut berkenaan.

13.2 Anda dikehendaki melengkapkan dengan betul lima helaian Perjanjian Pendidikan Guru dan lima helaian Butiran Penjamin Dan Saksi

(a) Sekiranya berlaku sesuatu kesilapan semasa mengisi Perjanjian Pendidikan Guru dan Butiran Penjamin Dan Saksi hendaklah dipotong kesilapan tersebut dengan satu garisan sahaja dan buat pembetulannya di ruang yang terdekat dengan kesilapan berkenaan. Setelah itu anda dan penjamin-penjamin anda hendaklah menandatangani ringkas di ruang kosong yang bersetentang dengan pembetulan tersebut. Penggunaan sebarang cecair pemadam untuk tujuan pembetulan adalah tidak dibenarkan.

(b) Setiap borang ini hendaklah dilengkapkan dengan menggunakan pen dakwat hitam atau ditaip. Salinan yang menggunakan karbon tidak diterima.

(c) Nama, nombor kad pengenalan dan alamat bagi semua pihak yang terlibat dengan perjanjian ini hendaklah dilengkapkan dengan betul. Nama mereka hendaklah dituliskan seperti yang tercatat pada kad pengenalan.


(d) Singkatan bagi perkataan tertentu yang telah diterima umum boleh digunakan untuk menulis alamat bagi pihak yang berkenaan.

NOTA

Penggunaan perkataan “MURID” bagi menggantikan perkataan “PELAJAR” dalam Borang Perjanjian adalah mengikut tafsiran Akta Pendidikan 1996.
14



13.3 Penjamin

(a) Anda hendaklah mendapatkan dua orang penjamin. Seorang sebagai penjamin pertama dan seorang lagi sebagai penjamin kedua. Kedua-dua penjamin ini hendaklah menandatangani dan melengkapkan butiran diri mereka di ruang berkenaan pada semua borang Perjanjian Pendidikan Guru dan Butiran Penjamin Dan Saksi (BPDS – Pin.1/99).

(b) Syarat-syarat untuk menjadi penjamin ialah :

i) Warganegara Malaysia

ii) Bermastautin di Malaysia

iii) Tidak bankrap atau muflis

iv) PENJAMIN PERTAMA boleh terdiri daripada sama ada BAPA atau IBU atau PENJAGA (guardian) kepada pelajar tanpa mengira umur ataupun kedudukan kewangan. Sekiranya penjamin pertama bukan bapa atau ibu atau penjaga, penjamin tersebut mestilah mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh dengan hitung panjang jumlah pendapatannya mestilah tidak kurang daripada RM500.00 sebulan dan berumur tidak lebih daripada 45 tahun.

v) PENJAMIN KEDUA mestilah mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh dengan hitung panjang jumlah pendapatannya mestilah tidak kurang daripada RM500.00 sebulan dan berumur tidak lebih daripada 45 tahun

vi) Penjamin PERTAMA dan penjamin KEDUA hendaklah dua orang yang berlainan.

vii) Bagi penjamin yang tidak boleh menandatangani di dalam TULISAN RUMI mereka dibenarkan menurunkan cap jari.

viii) Kedua-dua penjamin dikehendaki melengkapkan borang Butiran Penjamin Dan Saksi (BPDS-Pin1/99) dan dihantar bersama-sama dengan borang perjanjian.

ix) Penjamin-penjamin diingatkan bahawa mereka adalah bersama-sama bertanggungjawab dengan murid yang dijamin terhadap apa-apa tuntutan yang dibuat oleh Kerajaan sekiranya berlaku sebarang pelanggaran syarat.

x) Penjamin-penjamin yang telah bersetuju menandatangani perjanjian tidak boleh menarik diri dari menjadi penjamin kecuali mereka hilang kelayakan seperti yang diperuntukkan dalam surat perjanjian.
15




13.4 Saksi

(a) Anda dan penjamin-penjamin anda hendaklah menandatangani borang perjanjian berkenaan. Setiap tandatangan hendaklah dibuat di hadapan saksi. Walau bagaimanapun seorang saksi boleh menjadi saksi kepada anda dan kedua-dua penjamin anda dengan syarat ketiga-tiga tandatangan tersebut dilakukan di hadapan saksi berkenaan.

(b) Saksi kepada anda hendaklah menandatangani Perjanjian Pendidikan Guru dan melengkapkan butiran dirinya di ruang berkenaan pada borang tersebut. Hanya saksi kepada penjamin-penjamin anda dikehendaki melengkapkan butiran diri dan menandatangani di ruang tertentu pada kedua-dua borang Perjanjian Pendidikan Guru dan borang Butiran Penjamin Dan Saksi. (Sila lihat contoh)

(c) Syarat-syarat untuk menjadi saksi ialah:

(i) Warganegara Malaysia.

(ii) Mempunyai taraf atau memegang mana-mana satu jawatan berikut:


 Ahli Dewan Negara

 Ahli Dewan Rakyat

 Ahli Dewan Undangan Negeri

 Jaksa Pendamai

 Penghulu atau Penggawa

 Ketua Kampung

 Pegawai Daerah, Penolong Pegawai Daerah, Guru Besar/Pengetua Sekolah Bantuan Penuh, Guru Sekolah Kerajaan, Doktor, Pegawai Tadbir atau Diplomatik, Hakim, Majistret, Yang Dipertua Mahkamah, Pendaftar Mahkamah, Pegawai Kerja dan lain-lain kakitangan kerajaan yang mempunyai cop rasmi nama Jawatan dan Jabatan.


(iii) Setiap saksi hendaklah menggunakan cop rasmi jawatan & jabatannya. Penggunaan cop bagi pihak seperti b.p. Ketua Setiausaha, b.p. Ketua Pengarah, b.p. Pengetua dan sebagainya adalah dilarang.

16




13.5 Cara Melengkapkan Perjanjian Pendidikan Guru (PPG)

Muka surat 1 PPG


NO. PENDAFTARAN INSTITUT ..……………..…..(kosongkan)…………………………


PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU


PERJANJIAN ini dibuat pada ……..(kosongkan)…..…… haribulan….…(kosongkan




tahun……………………….(kosongkan)………………………………..( ) ANTARA


……………..(nama penuh Murid)…………….No. K.P………….(No. K.P. Murid)…………….
(Huruf Besar)


yang beralamat di…………….………..(alamat tetap Murid)…………………………………….

……………………………………………………………………………………………………….

dan yang dilahirkan pada……(tarikh lahir Murid)…….(kemudian daripada ini dipanggil “MURID”)

sebagai pihak yang pertama DENGAN Kerajaan Malaysia (Kemudian daripada ini dipanggil

“KERAJAAN”) sebagai pihak yang kedua, DAN……..… (nama penuh Penjamin Pertama)……
(Huruf Besar)

No. K.P …...(No. K.P. Penjamin Pertama) …….…. yang beralamat di ………………………….


………………(alamat tetap Penjamin Pertama) ………………………………………………….

dan dilahirkan pada…(tarikh lahir Penjamin Pertama) DAN…(nama penuh Penjamin Kedua)… (Huruf Besar)

No.K.P…(No. K.P. Penjamin Kedua)…..yang beralamat di…(alamat tetap Penjamin Kedua)….

……………………………………………………………………………………………………….

dan dilahirkan pada……….……….(tarikh lahir Penjamin Kedua)……………..……..(kemudian

daripada ini dipanggil “PENJAMIN-PENJAMIN”) sebagai pihak yang ketiga adalah

MENYAKSIKAN seperti berikut:


Muka surat 3 PPG

9. Adalah dengan ini diakui dan dipersetujui bahawa Surat Tawaran Rujukan Nombor KP(BPG)9115/8/1……( …….. ) bertarikh ……………………. hendaklah dibaca bersama dan menjadi sebahagian daripada Perjanjian ini. Sekiranya terdapat percanggahan di antara Surat Tawaran dan Perjanjian ini, maka Perjanjian ini hendaklah terpakai.
17





Muka surat 3 & 4 PPG

PADA MENYAKSIKAN HAL DI ATAS pihak-pihak yang tersebut dalam Perjanjian ini telah memahami dengan menurunkan tandatangan serta meteri mereka pada haribulan yang mula-mula tertulis di atas.

MURID

Ditandatangani ………………………(Tandatangan Murid)……………………………………..

oleh ……...……(Nama Penuh Murid dengan Huruf Besar)……………….... MURID tersebut

di hadapan
Nama Saksi ………….….……(Nama Penuh Saksi denganHuruf Besar)…..……………….……
No. Kad Pengenalan Saksi ….….…………………………………………………………………...
Pekerjaan Saksi ……………………………………………………..……………………………….
Alamat Tetap Saksi………………………………………………….……………………………….
……………………………………………………………………….……………………………….

Tandatangan Saksi ……………..………….. ……….. Cop Jawatan & Jabatan :



PENJAMIN PERTAMA

Ditandatangani ……………………(Tandatangan Penjamin Pertama)……………………………

oleh …………..…(Nama Penjamin Pertama dengan Huruf Besar)………..……. PENJAMIN tersebut

di hadapan
Nama Saksi ………………………(Nama Penuh Saksi dengan Huruf Besar)…..………………..
No. Kad Pengenalan Saksi …………………………………………………………………………..
Pekerjaan Saksi ……………………………………………………………………………………...
Alamat Tetap Saksi ..………………………………………………………………………………...
…………………………..…………………………………………………………………….……...

Tandatangan Saksi ………………………………….. Cop Jawatan & Jabatan :


PENJAMIN KEDUA
Ditandatangani ……………………(Tandatangan Penjamin Kedua)………………….………….


oleh ……………(Nama Penjamin Kedua dengan Huruf Besar)…...…….. PENJAMIN tersebut

di hadapan
Nama Saksi ………..…………(Nama Penuh Saksi dengan Huruf Besar)………………………
No. Kad Pengenalan Saksi …………………………………………………………………………..
Pekerjaan Saksi…………….………………………………………………………………………...
Alamat Tetap Saksi……..……………………………………………………………………………
…………………………………..…………………………………………………………………....

Tandatangan Saksi…………………………………… Cop Jawatan & Jabatan :
18




Muka surat 4 PPG



Ditandatangani bagi pihak KERAJAAN MALAYSIA oleh :




………………(kosongkan)……………………………… Cop Jawatan & Jabatan :
(Tandatangan bagi pihak Kerajaan Malaysia)




……………………..(kosongkan)……………………..
(Nama)





Di hadapan


Nama Saksi Kerajaan………………………...(kosongkan)…………………………………………………..
(Huruf Besar)

No. Kad Pengenalan Saksi Kerajaan ………………………(kosongkan)…………………………………..

Pekerjaan Saksi Kerajaan ………………………… (kosongkan)…………………………………………..

Alamat Saksi Kerajaan……………………………(kosongkan)…………………………………………..

………………………………………………………………………………………………………………


Tandatangan Saksi Kerajaan…………(kosongkan)……………… Cop Jawatan & Jabatan :
















19





Salinan untuk BPG


BORANG PENERIMAAN TAWARAN
KURSUS PERGURUAN LEPAS IJAZAH (KPLI) SEPENUH MASA
AMBILAN JANUARI 2008

ARAHAN: 1. Jika menerima tawaran anda hendaklah melengkapkan borang ini dalam dua salinan. Borang pertama hendaklah dikirimkan kepada Bahagian Pendidikan Guru dan borang kedua dikirimkan kepada Pengarah Institut Perguruan berkenaan.

2. Kedua-dua borang hendaklah dikirimkan segera kepada pihak yang berkenaan.



…………………………………………….. No.K.P ……………………………………………….
(Nama penuh dengan huruf besar)
Jantina ……………………………………………….
Alamat surat menyurat: :

……………………………………………… Kursus ditawarkan ………………………………..

……………………………………………… …………………………………………………………

……………………………………………… Di Institut ……………………………………………

…………………………………………………………

Ketua Setiausaha
Kementerian Pelajaran Malaysia
Bahagian Pendidikan Guru
(Unit Pengambilan dan Penempatan Pelajar)
Aras 3, Blok E 13
Kompleks Kerajaan Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya
62604 Putrajaya

Tuan,

PENERIMAAN TAWARAN UNTUK MENGIKUTI KPLI SEPENUH MASA AMBILAN JANUARI 2008 DI INSTITUT PERGURUAN MALAYSIA


Merujuk surat KP(BPG)9115/8/1C ( ) mengenai perkara di atas sukacita dimaklumkan bahawa saya menerima tawaran untuk mengikuti kursus yang tersebut dalam Surat Tawaran berkenaan.



Sekian, terima kasih.


Yang benar,



…………………………………………… …………………………
Tandatangan Tarikh






Salinan untuk Institut


BORANG PENERIMAAN TAWARAN
KURSUS PERGURUAN LEPAS IJAZAH (KPLI) SEPENUH MASA
AMBILAN JANUARI 2008

ARAHAN: 1. Jika menerima tawaran anda hendaklah melengkapkan borang ini dalam dua salinan. Borang pertama hendaklah dikirimkan kepada Bahagian Pendidikan Guru dan borang kedua dikirimkan kepada Pengarah Institut Perguruan berkenaan.

3. Kedua-dua borang hendaklah dikirimkan segera kepada pihak yang berkenaan.



…………………………………………….. No.K.P ……………………………………………….
(Nama penuh dengan huruf besar)
Jantina ……………………………………………….
Alamat surat menyurat: :

……………………………………………… Kursus ditawarkan ………………………………..

……………………………………………… …………………………………………………………

……………………………………………… Di Institut ……………………………………………

…………………………………………………………

Ketua Setiausaha
Kementerian Pelajaran Malaysia
Bahagian Pendidikan Guru
(Unit Pengambilan dan Penempatan Pelajar)
Aras 3, Blok E 13
Kompleks Kerajaan Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya
62604 Putrajaya

Tuan,

PENERIMAAN TAWARAN UNTUK MENGIKUTI KPLI SEPENUH MASA AMBILAN JANUARI 2008 DI INSTITUT PERGURUAN MALAYSIA


Merujuk surat KP(BPG)9115/8/1C ( ) mengenai perkara di atas sukacita dimaklumkan bahawa saya menerima tawaran untuk mengikuti kursus yang tersebut dalam Surat Tawaran berkenaan.



Sekian, terima kasih.


Yang benar,



…………………………………………… …………………………
Tandatangan Tarikh




Salinan untuk BPG

BORANG PENOLAKAN TAWARAN
KURSUS PERGURUAN LEPAS IJAZAH (KPLI) SEPENUH MASA
AMBILAN JANUARI 2008


ARAHAN: 1. Jika menolak tawaran anda hendaklah melengkapkan borang ini dalam dua salinan. Borang pertama hendaklah dikirimkan kepada Bahagian Pendidikan Guru dan borang kedua dikirimkan kepada Pengarah Institit Perguruan berkenaan.

2. Kedua-dua borang hendaklah dikirimkan segera kepada pihak yang berkenaan.



…………………………………………….. No K.P ………………………………………….
(Nama penuh dengan huruf besar)
Jantina …………………………………………
Alamat surat menyurat:

……………………………………………. Kursus ditawarkan ……………………………

…………………………………………… …………………………………………………..

……………………………………………… Di Institut ………………………………………

………………………………………………….
Ketua Setiausaha
Kementerian Pelajaran Malaysia
Bahagian Pendidikan Guru
(Unit Pengambilan dan Penempatan Pelajar)
Aras 3, Blok E 13
Kompleks Kerajaan Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya
62604 Putrajaya


Tuan,

PENOLAKAN TAWARAN UNTUK MENGIKUTI KPLI SEPENUH MASA AMBILAN JANUARI 2008 DI INSTITUT PERGURUAN MALAYSIA


Merujuk surat KP(BPG)9115/8/1C ( ) mengenai perkara di atas dukacita dimaklumkan bahawa saya menolak tawaran tersebut kerana …………………………………
……………………………………………………………………………………………………………



Sekian, terima kasih.

Yang benar,

…………………………………………… …………………………
Tandatangan Tarikh





Salinan untuk Institut


BORANG PENOLAKAN TAWARAN
KURSUS PERGURUAN LEPAS IJAZAH (KPLI) SEPENUH MASA
AMBILAN JANUARI 2008


ARAHAN: 1. Jika menolak tawaran anda hendaklah melengkapkan borang ini dalam dua salinan. Borang pertama hendaklah dikirimkan kepada Bahagian Pendidikan Guru dan borang kedua dikirimkan kepada Pengarah Institit Perguruan berkenaan.

3. Kedua-dua borang hendaklah dikirimkan segera kepada pihak yang berkenaan.



…………………………………………….. No K.P ………………………………………….
(Nama penuh dengan huruf besar)
Jantina …………………………………………
Alamat surat menyurat:

……………………………………………. Kursus ditawarkan ……………………………

…………………………………………… …………………………………………………..

……………………………………………… Di Institut ………………………………………

………………………………………………….
Ketua Setiausaha
Kementerian Pelajaran Malaysia
Bahagian Pendidikan Guru
(Unit Pengambilan dan Penempatan Pelajar)
Aras 3, Blok E 13
Kompleks Kerajaan Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya
62604 Putrajaya


Tuan,

PENOLAKAN TAWARAN UNTUK MENGIKUTI KPLI SEPENUH MASA AMBILAN JANUARI 2008 DI INSTITUT PERGURUAN MALAYSIA


Merujuk surat KP(BPG)9115/8/1C ( ) mengenai perkara di atas dukacita dimaklumkan bahawa saya menolak tawaran tersebut kerana …………………………………
……………………………………………………………………………………………………………



Sekian, terima kasih.

Yang benar,

…………………………………………… …………………………
Tandatangan Tarikh


KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
(UNIT PENGAMBILAN DAN PENEMPATAN PELAJAR)
ARAS 3, BLOK E 13
KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN PUTRAJAYA
62604 PUTRAJAYA
Tel : 03-88841260
Fax : 03-88841274


Ruj. Kami: KP(BPG)9115/8/2/SJ
Tarikh :

Penguasa Hospital/Pegawai Perubatan
Hospital/Klinik ……………………………
……………………………………………..
……………………………………………..

Tuan/Puan,

PEMERIKSAAN DOKTOR UNTUK MENGIKUTI KURSUS PERGURUAN LEPAS IJAZAH
AMBILAN JANUARI 2008 DI INSTITUT PERGURUAN MALAYSIA


Sukacita dimaklumkan bahawa Encik/Puan/Cik ……………………………………………………….. No. Kad Pengenalan ……………………………………….. telah ditawarkan untuk mengikuti kursus di atas dan akan melaporkan diri pada ………………………………………………………………. di Institut ……………………………………………………………………………………………………….

2. Untuk makluman, bidang kursus yang akan diikuti di maktab merangkumi

a) Akademik
b) Gerak kerja kokurikulum (persatuan, unit beruniform, sukan,
permainan dan aktiviti luar yang lasak)
c) Praktikum

3. Oleh itu sila buat pemeriksaan ke atas beliau (pemeriksaan hendaklah termasuk x-ray dada dan paru-paru) dan berikan keputusannya seberapa segera yang mungkin dengan menggunakan Borang Am 402 yang disertakan.

4. Sehubungan ini juga dimaklumkan bahawa segala perbelanjaan pemeriksaan doktor dan x-ray adalah tanggungjawab pelajar berkenaan.

Kerjasama tuan/puan dalam hal ini adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian dimaklumkan.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”




Bahagian Pendidikan Guru
b.p.Ketua Setiausaha
Kementerian Pelajaran Malaysia

Tema Hari Guru

2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama
2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
1997 Guru Bestari Sekolah Bestari
1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
1994 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1993 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang
1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
1988 Guru Pengasas Budaya Membaca
1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
1986 Pendidikan Teras Nasionalisme
1985 Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
1984 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
1983 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
1982 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu
1981 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
1980 Pendidikan Teras Perpaduan Negara
1979 Murid Sejahtera Negara Jaya
1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang
1977 Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
1976 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan
1975 Guru dan Pembangunan Negara
1974 Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi
1973 Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan
1972 Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara

Tatasusila Pendidik

Kami, guru-guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju ke arah pembentukan warganegara yang berilmu, yang taat setia, yang bertanggungjawab dan berkebolehan, yang menyedari betapa pentingnya usaha menuju ke arah kebenaran dan ke arah pencapaian hasrat yang gemilang dan yang percaya kepada demokrasi, kebebasan perseorangan dan Prinsip-Prinsip Rukun Negara.

Melalui pendidikan, masyarakat dapat membantu anak mudanya memahami kebudayaan mereka, memperolehi pengetahuan yang telah terkumpul sejak zaman berzaman, dan menyediakan mereka untuk menghadapai cabaran pada masa hadapan.

Dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab membimbing anak muda untuk mencapai kemajuan sepenuh-penuhnya, maka dengan ini kami menerima tatasusila berikut sebagai panduan untuk membolehkan kami menyempurnakan profesion kami ke taraf kesusilaan yang setinggi-tinggnya.

I. TANGGUNGJAWAB TERHADAP PELAJAR

1. Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar kami daripada hal-hal lain.

2. Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan atau agama.

3. Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya.

4. Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjah sendiri atau dalam mata pelajaran-mata pelajaran yang diajar di bilik darjah tanpa sebarang bayaran.

5. Menunjukkan satu cara pakaian, pertuturan dan tingkahlaku yang dapat memberikan contoh yang baik kepada pelajar.

6. Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran kami mencapai mutu yang setinggi-tingginya.





II. TANGGUNGJAWAB TERHADAP IBU BAPA

1. Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka.

2. Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan dengan rumahtangga.
3. Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan rumahtangga atau mengenai anak mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya.

4. Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka, dan menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana.

5. Mengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan eknonomi ibu bapa pelajar.

6. Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka.

III. TANGGUNGJAWAB TERHADAP MASYARAKAT DAN NEGARA

1. Mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat, negara atau pun yang bertentangan dengan Rukun Negara.

2. Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang boleh membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna, menghormati adanya perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama.

3. Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat.

4. Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan ibu bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat.

5. Memberi sumbangan cergas untuk meningkatkan kehidupan moral, kebudayaan dan kecendekiawan masyarakat.

6. Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani kehidupan sehari-hari dengan baik.

IV. TANGGUNGJAWAB TERHADAP RAKAN SEJAWAT DAN PROFESION KEGURUAN

1. Mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibu bapa, atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru.

2. Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami sebagai guru.

3. Berusaha dengan sepenuh-penuhnya menunaikan tanggungjawab kami dengan rajin dan bersungguh-sungguh dan mengekalkan sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial.

4. Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat kami terutamanya mereka yang beru dalam profesion keguruan.

5. Sentiasa mengawasi diri kami supaya tidak mencemarkan nama baik profesion keguruan.

6. Akan menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru.

CATATAN:
Guru yang dimaksudkan dalam konteks tatasusila ini ialah orang yang menyebarkan ilmu pengetahuan di sesebuah institusi peringkat rendah, menengh dan tinggi, termasuk guru terlatih yang bertugas dalam pentadbiran, organisasi dan penyeliaan pendidikan.

Bahagian II

Tatakelakuan

4. Am.

(1) seseorang pegawai hendaklah pada setiap masa memberikan taat setianya kepada Yang diPertuan agong, Negara dan kerajaan.

(2) Seseorang pegawai tidak boleh-
(a) membelakangkan tugas awamnya demi kepentingan peribadinya;
(b) berkelakuan dengan sedemikian cara yang mugkin menyebabkan kepentingan peribadinya bercanggah dengan tugas awamnya;
(c) berkelakuan dengan apa-apa cara yang mungkin menyebabkan syak yang munasabah bahwa-

(i) dia telah membiarkan kepentingan peribadinya bercanggah dengan tugas awamnya sehingga menjejaskan kebergunaanya sebagai seorang pegawai awam; atau
(ii) dia telah menggunakan kedudukan awamnya bagi faedahnya sendiri;
(d) berkelakuan dengan sedemikian cara sehingga memburukkan nama atau mencemarkan nama perkhidmatan awam;
(e) kurang cekap atau kurang berusaha;
(f) tidak jujur atau tidak amanah;
(g) tidak bertanggungjawab;
(h) membawa atau cuba membawa apa-apa bentuk pengaruh atau tekanan luar untuk menyokong atau memajukan apa-apa tuntutan berhubung dengan atau terhadap perkhidmatan awam, sama ada tuntutan itu ialah tuntutanya sendiri atau mana-mana tuntutan pegawai lain;
(i) ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebgai ingkar perintah; dan
(j) cuai dalam melaksanakan tugas-tugasnya;


38. Jika seseorang pegawai didapati bersalah atas sesuatu kesalahan tatatertib,mana-mana satu atau apa-apa gabungan dua atau lebih hukuman yang berikut, bergantung kepada keseriusan kesalahan itu, boleh dikenakan ke atas pegwai itu:

(a) amaran
(b) denda
(c) lucut hak emolument
(d) tangguh pergerakangaji
(e) turun gaji

DOA SELAMAT

Ya Allah, kami memohon kepadaMu kebaikan sama ada yang kami telah tahu atau yang belum kami ketahui, kurniakan kami nikmat dan rahmat yang berpanjangan, tubuh badan yang sihat, akal fikiran yangs sejahtera, semangat yang membara bagi mempertingkatkan kualiti kerja.
Ya Allah, kami mohon perlindunganMu dari segala keburukan, hasad dengki dan iri hati, sama ada kami telah tahu atau yang belum kami ketahui, ya Allah, lembutkan dan satukanlah jiwa-jiwa hambaMu ini, agar wujud kesepakatan dan kesefahaman antara kami, bagi menunaikan tugas yang diamanahkan, dengan lebih berkesan, meneruskan khidmat bakti kepada agama, bangsa dan negara.


Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami. (Surah Al-Kahfi, Ayat: 10).