Thursday, August 14, 2008

Bahagian II

Tatakelakuan

4. Am.

(1) seseorang pegawai hendaklah pada setiap masa memberikan taat setianya kepada Yang diPertuan agong, Negara dan kerajaan.

(2) Seseorang pegawai tidak boleh-
(a) membelakangkan tugas awamnya demi kepentingan peribadinya;
(b) berkelakuan dengan sedemikian cara yang mugkin menyebabkan kepentingan peribadinya bercanggah dengan tugas awamnya;
(c) berkelakuan dengan apa-apa cara yang mungkin menyebabkan syak yang munasabah bahwa-

(i) dia telah membiarkan kepentingan peribadinya bercanggah dengan tugas awamnya sehingga menjejaskan kebergunaanya sebagai seorang pegawai awam; atau
(ii) dia telah menggunakan kedudukan awamnya bagi faedahnya sendiri;
(d) berkelakuan dengan sedemikian cara sehingga memburukkan nama atau mencemarkan nama perkhidmatan awam;
(e) kurang cekap atau kurang berusaha;
(f) tidak jujur atau tidak amanah;
(g) tidak bertanggungjawab;
(h) membawa atau cuba membawa apa-apa bentuk pengaruh atau tekanan luar untuk menyokong atau memajukan apa-apa tuntutan berhubung dengan atau terhadap perkhidmatan awam, sama ada tuntutan itu ialah tuntutanya sendiri atau mana-mana tuntutan pegawai lain;
(i) ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebgai ingkar perintah; dan
(j) cuai dalam melaksanakan tugas-tugasnya;


38. Jika seseorang pegawai didapati bersalah atas sesuatu kesalahan tatatertib,mana-mana satu atau apa-apa gabungan dua atau lebih hukuman yang berikut, bergantung kepada keseriusan kesalahan itu, boleh dikenakan ke atas pegwai itu:

(a) amaran
(b) denda
(c) lucut hak emolument
(d) tangguh pergerakangaji
(e) turun gaji

No comments: