TAJUK : Kordi dan binatang peliharaannya.
WATAK UTAMA : Kordi
WATAK SAMPINGAN : Si Tompok (lembu), gajah, Usop, Botak, Atan, Pak
Samad, Si A, Si B, Si C, penumpang 1,
penumpang 2 dan penumpang 3.
LATAR BELAKANG : Di Kampung Kota Buruk
Di dalam sebuah kampung yang diberi nama Kota Buruk, tinggal seorang pemuda bernama Kordi. Dia mempunyai seekor lembu peliharaan yang diberi nama Si Tompok. Pada suatu pagi……
Kordi : Ha… tambat di sinilah, sementara aku makan mee goreng di rumah.
( sambil mengikat lembunya pada sebatang pokok buah mangga)
25 minit kemudian di rumahnya…
Kordi : Burpp…kenyangnya makan mee goreng ni. Eh, apa khabar agaknya
lembu aku.
Berlari menuju ke tempat lembunya….
Kordi : Hah, lembu aku? Mana lembu aku? Cess! Penjenayah mana pula yang
mencuri lembu aku ni?
Tiba-tiba dia terpandang di atas pokok mempelam.
Kordi : Woi, kau buat apa kat atas pokok tu? Mati-mati aku ingat kau kena culik
tadi.
Si Tompok : Nyam….. nyam…. Sedapnya mempelam ni, nak ke bos?(Dalam hati
kecilnya berbisik).
Kordi : Eh! Eh! Kau ni, betul-betul menyusahkan aku aje. Nanti aku sembelih
buat korban baru kau tahu.
Si Tompok : (Dalam hatinya berbicara ). Ampun bos, ampun. Janji tak buat lagi.
Kordi : Geramnya aku! Kau ni tak habis-habis menyusahkan hidup aku .
(Mengheret lembunya pulang ke kandang di belakang
rumahnya).
Keesokan harinya, di warung Pak Ali, Kordi, Botak dan Usop sedang berbual-bual sambil minum secawan teh tarik.
Kordi : Aku dah bosan lah pelihara lembu. Lembu aku tu selalu buat hal. Ada-
ada je perangainya yang menyakitkan hati aku. Kau orang nak tahu tak,
semalam dia panjat pokok mangga kat belakang rumah aku tu. Mati-mati
aku ingat dia kena culik.
Usop : La… biasa la tu. Lembu kau tu kan tengah mengidam.
Kordi : Mengidam apa ke bendanya. Lembu aku tu lelaki lah bodoh.
Usop : Eh! Eh! aku lupa lah. Habis tu kau nak buat apa?
Kordi : Tu yang aku tengah fikir ni. Kau orang ada apa-apa idea tak?
Botak : Kalau macam tu, kau peliharalah kerbau.
Kordi : Lembu dengan kerbau kan lebih kurang je Tak. Dari spesies yang sama.
Membosankan.
Usop : Kalau kau nak kelainan, kau peliharalah Zirafah.
Botak : Kalau tak pun, kau peliharalah labi-labi. Pelihara kerengga pun best juga.
Amacam, bagus tak idea aku?
Kordi : Aah… semuanya tak best ! aku nak pelihara sesuatu yang boleh
mendatangkan keuntungan dan boleh menyeronokkan sesiapa sahaja
yang melihatnya.
Usop : Kalau kau nak untung, pelihara toyol lah Kordi. Boleh suruh dia curi duit.
Kordi : Apalah kau ni Usop…. Berdosa tu ! mak aku tak pernah ajar aku buat
kerja macam tu. Kau jangan Sop !
Usop : Okey, okey, aku minta maaf. Aku bergurau je lah. Janganlah kau ambil
hati pula.
Botak : Habis tu apa keputusan kau? Kau nak pelihara apa?
Kordi : Bila aku fikir baik-baiklah kan, aku nak pelihara gajahlah. Kat dalam
kampung kita ni, mana ada lagi orang pelihara gajah. Nanti akulah orang
pertama yang memulakan operasi ini. Mesti orang kampung bangga
dengan aku nanti.
Botak : Gajah ? wa ka,ka,ka,ka! (Botak ketawa berdekah-dekah sambil
memegang perutnya)
Usop : Ha! Ha! Ha! Nak bela gajah pula. (Usop turut ketawa menandakan terlalu gelihati dengan kata-kata Kordi).
Kordi : Woi, aku serius ni. Kau orang gelak pulak! Apa salahnya aku pelihara
gajah. Dia pun haiwan peliharaan juga.
Botak : Kordi! Kordi! Lebih baik kau lupakan hasrat murni kau nak bela gajah tu.
Kau pelihara lembupun dah huru hara dibuatnya. Inikan nak pelihara gajah konon.
Usop : Nak bela gajah! Ee…ee… takunya…. (sambil berpura-pura
menyembunyikan diri di belakang Botak menunjukkan ketakutan).
Botak : Bela gajah mainan bolehlah. Ha…ha…ha… (Botak ketawa lagi).
Kordi : Kau orang ketawakan aku ya! Tak pe….tak pe….aku akan buktikan pada
kau orang berdua bahawa aku akan mendapat banyak keuntungan dengan memelihara gajah.
Usop : Untung apa? Rugi adalah…apa taknya, gajah kan kuat makan. Nanti tak
pasal-pasal habis duit beli makanannya aje.
Botak : Ha…..ha….ha…boleh bankrap kau Kordi. (Usop dan Botak ketawa dan
ketawa lagi).
Kordi dengan perasaan kecewa, bingkas bangun dan membayar wang minuman untuk ketiga-tiganya dan berlalu pergi dari warung Pak Ali.
Beberapa minggu kemudian, di bawah sebatang pokok kelapa di tepi jalan……..
Usop : Eh! apa cerita dengan Kordi ye? Lama tak nampak dia. Aku dengar dia
dah beli gajah idamannya tu.
Botak : Iya lah. Aku pun ada dengar juga. Entah-entah dah mati kot, kena pijak
dengan gajah peliharaannya.
Usop : Eh! eh tak baik kau ni. Betul ni, aku dah lama tak jumpa dia. Kali terakhir
kita jumpa dia pun kat warung Pak Ali dua minggu yang lalu.
Botak : Ya lah. Aku pun sama. Masa tu kita asyik gelakkan dia je. Entah, entah
dia merajuk dengan kita kot.
Usop : Tak tahu lah.
Beberapa minit kemudian, kelihatan Atan sambil berlari-lari anak lalu di hadapan Usop dan Botak yang sedang asyik berborak.
Usop : Eh, Atan, nak ke mana tu? Tergopoh-gopah nampaknya. Macam kena
kejar hantu je!
Atan : Pergi ke rumah abang Kordi la!
Botak : Kenapa nak pergi ke rumah Kordi. Apa yang menarik sangat kat rumah
dia tu? Ada goreng pisang panas ke?
Atan : Mestilah ada sesuatu yang best. Sebab tu lah orang nak ke sana.
Usop : Huh! Apa yang best sangat kat rumah Kordi tu? Sampaikan Si Atan tu
tak sabar-sabar nak pergi ke rumah Kordi.
Botak : Aku pun tak tahu. Ni yang aku nak tahu ni……..
Lima minit kemudian, lalu pula Pak Samad dan anaknya………
Usop : Assalamualaikum Pak Samad, nak ke mana dua beranak ni? Macam nak cepat je.
Pak Samad : Waalaikummussalam. Kami berdua ni nak pergi ke rumah Kordi. Best
tau! Kau orang berdua ni tak pergi sama ke?
Ali : Cepat lah pak, nanti lambat pula sampai. Takut tak sempat nak naik.
Pak Samad : Baiklah Usop, Botak, kami pergi dulu. Nanti kau orang pergi la ya!
Usop & Botak: Baiklah Pak Samad. Pak Samad jalan dulu. Nanti kita orang ikut lah.
Botak : Sop, apa kata kalau kita pergi ke rumah Kordi. Nanti dapatlah kita tahu
apa yang berlaku sebenarnya.
Usop : Boleh juga. Jomlah.
Usop dan Botak berjalan kaki menuju ke rumah Kordi. Kemudian, mereka bersembunyi di sebalik pokok rambutan yang berhampiran dengan rumah Kordi untuk mengintai apa yang berlaku sebenarnya.
Usop : Apasal ramai sangat orang kat rumah Kordi tu ha? Ada buat kenduri ke?
Takkanlah Kordi kahwin kot.
Botak : Tak tahulah. Tengok tu…. Ramainya orang beratur.
Usop : Jomlah kita pergi ke sana. ( Sambil jarinya menunjuk ke arah rumah
Kordi).
Botak : Tunggulah dulu. Nanti Kordi nampak malu kita.
Di hadapan rumah Kordi….
Orang ramai sedang beratur menunggu giliran untuk membeli tiket bagi menaiki gajah Kordi. Berhampiran dengan kaunter tiket terdapat satu papan tanda yang bertulis “ Mari naik Gajah Special Rm 10 Satu Round”.
Di kaunter tiket…..
Adik Kordi : Siapa yang tak bayar lagi, mari sini! Bayar dan ambil tiket.
Mari…..mari….
Budak A : Cepatlah. Lambatnya.
Budak B : Sabarlah. Sabar itu kan separuh daripada iman.
Budak C : Tak sabarnya….
Adik Kordi : Jangan berebut. Sabar,sabar. Pasti semua dapat menaikinya.
Sementara itu, penumpang yang berada di atas gajah….
Penumpang 1: Yeah! Bestnya naik gajah, macam naik kapal terbang je.
Penumpang 2: He, gayat…..gayat…..
Penumpang 3: Hi,hi, laju lagi….laju lagi….
Kordi dengan bangganya menarik tali gajah mengelilingi kampungnya.
Kordi : Lagi dua bulan, boleh jadi jutawan aku. He….he…he…
Usop dan Botak masih lagi berada di belakang pokok rambutan.
Botak : Sop, aku pun teringin juga nak naik gajah Si Kordi tu. Kita pun tak
pernah naik gajah.
Usop : Tak boleh Tak. Kita kan dah ketawakan Kordi hari tu. Takkanlah kita nak
naik kot. Marilah kita naik teksi je….
Botak : La… tak palah Sop. Bila lagi nak merasa naik gajah. Kita minta maaflah
dengan Kordi tu. Mesti Kordi maafkan kita. Kitakan dah lama berkawan.
Tiba-tiba…..
Usop : Aduh! Aduh! Sakitnya. Tolonglah buangkan kerengga kat belakang aku
ni.
Botak : Aduh! Aku pun sakit juga. Jomlah kita balik.
Semua yang berada di rumah Kordi termasuklah Kordi kehairanan apabila mendengar jeritan suara Usop dan Botak di belakang pokok rambutan. Usop dan Botak pula berlari kesakitan kerana digigit kerengga yang terdapat di atas pokok rambutan itu. Kordi dan yang lain-lain ketawa melihat gelagat Usop dan Botak.
Di anjung tangga rumah Usop…..
Botak : Tulah kau Sop. Nak sembunyi kat bawah rambutan tu bukannya nak
tengok dulu ada kerengga ke tidak. Buat malu je. Tu, nasib baik
kerengga, kalau lebah, mahunya mati kita kat situ.
Usop : Eh, eh, nak salah kan aku pulak. Yang kau tu dok lama-lama kat situ
buat apa. Bukannya lepas tengok tu terus balik je.
Botak : Dah lah. Tak ada gunanya kita saling salah menyalahi. Yang pentingnya
kita dah mendapat malu yang teramat sangat. Baik kita fikir, bagaimana
cara kita nak tebus balik maruah kita tu.
Usop : Betul juga cakap kau tu. Senang je Tak. Apa kata kita pergi jumpa Kordi
dan minta maaf darinya atas apa yang kita buat kat dia hari tu.
Botak : Bagus juga idea kau tu. Tak ku sangkakan otak kau ni kan kadang-
kadang boleh dipakai juga.
Usop : Tengok oranglah beb!
Botak : Baiklah, esok pagi-pagi lagi kita pergi ke rumah Kordi.
Kordi di kandang gajahnya…..
Kandang gajahnya terletak bersebelahan dengan kandang lembunya.
Kordi : Debok (nama panggilan untuk gajahnya), tak sia-sia aku pelihara kau.
Walaupun kau ni makan banyak, tapi kau banyak memberi keuntungan kepada aku.
Debok : mengibas-ngibaskan ekornya. Di dalam hatinya. Tengok orang lah bos.
Kordi menutup kandang gajahnya dan naik ke atas rumah.
Dialog antara Debok dan Si Tompok….
Debok :Hei, Tompok. Kenapa muram je?
Si Tompok : Mana aku tak muram. Sejak kau ada, bos tu seolah-olah tidak
mempedulikan aku aje! Aku sedar siapa diriku ini. Aku hanyalah seekor
lembu yang tidak memberi apa-apa keuntungan kepada bos kita. Aku
memang tak berguna. (sambil menangis)
Debok : Kenapa kau cakap macam tu. Janganlah fikir yang bukan-bukan. Bos tu
sayang kan kita berdua. Kalau dia tak sayangkan kau, mesti dia dah jual atau sembelih kau buat gulai kawah. Cuma apa yang dia terkilan, sikap kau yang tak dengar kata tu. Dia tambat kau kat tepi sungai, kau pergi mandi, dia tambat kat bawah pokok mempelam, kau pergi panjat buah mempelam. Macammana bos tak geram.
Si Tompok : Betul ke macam tu. Cuba kau bagi idea macam mana nak tambat
kembali hati bos kita yang dah tawar hati kat aku ni.
Debok mengibas-ngibaskan telinga dan belalainya sambil berfikir….
Debok : Oh ya! Apa kata kalau kau bawa penumpang macam aku bawa. Nanti
baru bos rasa kau bermakna untuk dia.
Si Tompok : Tapi bagaimana caranya?
Debok : Macam ni. Masa aku bawa pemumpang, nanti aku angkat lah seorang
budak letak kat belakang kau.
Si Tompok : Eh, nanti tak ke terkejut budak tu. Kan tak pasal-pasal kau kena marah
kat bos.
Debok : La, mula-mula memanglah kita kena tanggung risiko. Tapi kau kenalah
pandai bawa budak tu. Jangan bawa laju-laju. Nanti mesti bospun akan terfikir macammana kau boleh membuatnya untung. Bos kita kan otak berniaga.
Si Tompok : Kalau begitu, kita mulakan misi kita esok hari.
Debok : okey, beres.
Pada pagi esoknya, sesudah subuh, Usop dan Botak sudahpun berada di hadapan rumah Kordi.
Usop : Cepatlah, kau bagilah salam.
Botak : Kaulah. Aku takut lah.
Usop : Kau ni memang tak boleh haraplah. Assalamualaikum,
Kordi…Assalamualaikum.
Suasana sepi…tiada sambutan salam dari tuan rumah.
Usop : Kordi tengah tidur lah. Kaulah pula yang bagi salam.
Botak : As…As..Assalamualaikum Kordi.
Tiba-tiba…Krpppp…. Pintu rumah dibuka.
Kordi : Waalaikummussalam. Siapa tu. ( sambil mengurut-ngurut matanya yang
masih mengantuk).
Usop : Kami lah. Usop dan Botak.
Kordi : Eh, kau Sop, Tak. Apahalnya pagi-pagi buta ni. Aku tak buka Kaunter
lagilah. Kau orang ni nak beli tiket nak naik gajah aku ke?
Botak : Tak adalah Kordi. Kita orang datang ni nak minta maaf dengan kau.
Sebab hari tu, masa kat warung Pak Ali, kita orang asyik ketawakan kau
sebab masa tu kau cakap kau nak pelihara gajah.
Usop : Ya lah Kordi, aku pun nak minta maaf juga. Aku rasa malu pada kau
sebab kau berjaya membuktikan yang kata-kata kau hari tu betul. Aku betul-betul tabik kau kau lah. Tahniah aku ucapkan.
Kordi : Terima kasih, terima kasih. La, kau orang ni aku tak ada apa-apalah. Aku
tak terasa hati pun dengan kau orang hari tu. Cuma, sejak akhir-akhir ni aku sibuk sikit, sebab tu tak dapat sertai kau orang. Aku pun memang tengah cari kau orang.
Usop : Apasal kau cari kita orang. Ada berita gembira ke?
Kordi : Tak adalah. Aku Cuma nak bagi kau orang kerja sikit.Tu pun kalau kau
orang nak la. Manalah tahu kot-kot kau orang nak tambah pendapatan.
Botak : Apa kerjanya kordi. Kami ni ikut je. Apa-apa kerjapun kami terima.
Kordi : Ia ke kau orang tak kisah. Aku nak suruh kau orang tolong mandikan
gajah aku dan beri makanannya.
Usop & Botak: Eh, ia ke Kordi. Boleh! Boleh! Kami terima dengan sepuluh jari.
Kordi : Kalau macam tu baiklah. Petang nanti bolehlah kau orang mulakan.
Usop : Baik bos. Kalau macam tu kita orang balik dulu. Jumpa lagi petang ni.
Kordi : Baiklah.
Tengah hari itu orang ramai berpusu-pusu datang untuk menaiki gajah. Pada hari itu gajah dan lembu akan memulakan misi pertama mereka.
Debok : Tompok, kau bersedia nanti ye. Jangan pula misi kita hari ni gagal.
Si Tompok : Baik Debok. Aku akan buktikan pada bos kita yang aku juga mampu buat
apa yang dia nak.
Maka, tibalah saat yang ditunggu-tunggu. Semasa orang ramai menaiki gajah. Tiba-tiba Debok dengan menggunakan belalainya mengangkat seorang budak lelaki dan meletakkannya di atas belakang Si Tompok. Tak disangka-sangka budak itu bukan main seronoknya apabila badannya diangkat dan diletakkan di atas badan Tompok. Tompok apalagi, dengan gembiranya membawa budak itu berjalan mengelilingi satu kampung. Akhirnya misi mereka berjaya. Kordi yang terkejut melihat kejadiaan itu, tersenyum lebar apabila Si Tompok akhirnya menjadi seekor lembu yang berguna…..
Friday, November 7, 2008
KAJIAN MASALAH MURID PENDIDIKAN KHAS MASALAH PEMBELJARAN
NAMA MURID :SITI IZATI BT IMBERAN
KATEGORI MURID : AUTISME
Masalah-masalah yang dihadapi
Cara-cara mengatasi
o Suka menjerit-jerit di dalam kelas apabila dia merasa bosan dengan p & p yang sedang dijalankan.
o Duduk yang kurang sopan dan kurang bertertib.
o Mudah cepat bosan dengan P & P dan akan berjalan-jalan di dalam kelas.
o Guru akan mententeramkan pelajar dan menyuruh pelajar keluar sebentar dan duduk di ruang tamu. Guru akan member nasihat dan memujuk kembali pelajar agar mengikuti semula sesi pembelajaran.
o Guru akan menegur pelajar dan menyedarkannya bahawa suasana di sekolah tidak sama seperti suasana di rumah dan di taman permainan. Guru juga akan memberitahu pelajar bahawa sebagai seorang perempuan kita tidak boleh bercakap kuat dan mesti duduk dengan sopan dan tertib. Biasanya apabila ditegur, pelajar akan mendengar kata guru. Guru akan memberi kata-kata pujian setiap kali tingkahlaku dapat diubah.
o Guru akan mengenal pasti aktiviti yang boleh menarik minat murid ini untuk terus mengikuti proses P & P yang dijalankan. Sebagai contoh, murid ini amat meminati komputer atau laptop. Justeru, guru akan mengajar atau menyediakan lembaran kerja dalam bentuk power point.
PROGRAM PENGURUSAN TINGKAH LAKU
Program pengurusan tingkah laku merupakan dokumen bertulis yang telah dirancang, dibina, dilaksana dan direkod bagi meningkatkan atau mengurangkan satu-satu tingkah laku bermasalah atau luar biasa.
BORANG MODIFIKASI
Nama murid : Siti Izati bt Imberan
Umur :10 tahun
Masalah :Suka menjerit-jerit dan meraung-raung di dalam kelas terutama
apabila disuruh melakukan sesuatu aktiviti.
Objektif :Menghilangkan Tingkah laku ini agar tidak menganggu P & P yang
sedang berjalan.
Tempoh :4 minggu
Tarikh : 21 Julai-21 Ogos 2008
LANGKAH-LANGKAH PEMBENTUKAN PROGRAM PENGURUSAN TINGKAH LAKU.
Langkah 1
Memilih tingkah laku yang perlu diubahsuai berdasarkan keutamaan
Nama murid :Siti Izati bt Imberan
Tingkah laku yang hendak di urus ialah menjerit-jerit semasa guru mengajar di dalam kelas
Sebab keutamaan :
1. mengganggu sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas
2. tumpuan pelajar lain terjejas.
3. keadaan kelas menjadi tidak terkawal.
Langkah 2
Membuat pemerhatian dan merekodkan tingkah laku tersebut
Pemerhatian secara langsung terhadap Siti Izati
i) 60 minit – menjerit 3 hingga 4 kali
ii) Sehari – menjerit 8 hingga 10 kali
Temuduga dengan guru-guru lain
Langkah 3
Menentukan tingkah laku yang hendak dicapai
Mengurangkan tingkah laku Siti Izati yang suka menjerit-jerit di dalam kelas.
Langkah 4
Mengenalpasti masa perlaksanaan
Pengurusan tingkah laku Siti Izati akan dilakukan semasa kelas berlangsung iaitu semasa waktu pengajaran Bahasa Melayu dan jangkamasa yang ditetapkan adalah 4 minggu. Jumlah jeritan Siti Izati akan direkod selama 4 minggu tersebut.
Langkah 5
Memilih strategi dan kaedah yang perlu diguna pakai
i) Pengasingan – time out
ii) Kehilangan hak - Suka bermain komputer. Semasa mata pelajaran ICT guru tidak akan membenarkan Siti Izati ke makmal komputer sekiranya dia menjerit di dalam kelas dan mengganggu sesi pengajaran dan pembelajaran
iii) Modelling - kawan-kawan sekelas. Guru memuji kerja yang disiapkan dan tumpuan yang diberikan oleh kawan-kawan sekelas yang lain ketika di dalam bilik darjah. Guru meminta Siti Izati meniru sikap dan tingkah laku dan kawan-kawan sekelas yang lain.
iv) Amaran dimana guru meminta Siti Izati agar tidak menjerit kerana ini mengganggu rakan yang lain belajar.
Langkah 6
Menentukan gajaran dan dendaan
i) Guru memuji Siti Izati setiap kali dia meninggalkan tingkah laku negatif.
ii) Guru memberikan senyuman kepada Siti Izati dan membenarkannya ke kelas ICT
Langkah 7
Menjalankan program
i) Guru akan menempatkan Siti Izati berasingan daripada kumpulan kelas setiap kali dia menjerit dan tidak akan dapat menyertai kelas komputer (ICT) yang digemari.
ii) Siti Izati akan diasingkan di satu sudut di hujung kelas selama 10 minit.
iii) Semasa pengasingan ini, guru akan memberitahu Siti Izati bahawa tindakan yang dilakukan adalah salah.
iv) Setiap kali dia mengurangkan tingkah laku negatifnya, guru akan memujinya.
v) Dia juga berpeluang ke kelas ICT dan bermain ’games’ kegemarannya semasa kelas ICT.
Langkah 8
Menilai keberkesanan Intervensi
Sepanjang 4 minggu intervensi, didapati Siti Izati berjaya mengurangkan sedikit tingkah lakunya yang suka menjerit di dalam kelas. Ini kerana semasa pengasingan dia menyedari tindakan dan tingkah lakunya adalah salah.
Minggu 1
Minggu 2
Minggu 3
Minggu 4
Selasa
4
2
3
1
LAPORAN
Minggu pertama
Pada minggu pertama ini, teknik yang saya gunakan ialah amaran dan modelling. Saya telah memberi amaran kepada Siti Izati agar tidak menjerit di dalam kelas kerana perbuatannya itu mengganggu orang lain dan memintanya meniru sikap rakan-rakan sekelas lain yang sentiasa mendengar arahan, rajin, memberikan tumpuan ketika belajar serta menyiapkan tugasan yang diberikan dengan kemas.
Namun pada minggu yang pertama ini, teknik pengurusan tingkah laku yang saya laksanakan untuk mengurangkan Siti Izati menjerit di dalam kelas tidak berkesan di mana dia masih lagi menjerit seperti minggu-minggu yang sebelumnya sekiranya dia merasa bosan atau tertekan. Oleh itu, teknik yang lain perlu diaplikasikan pada minggu hadapan bagi mengubah tingkah laku Siti Izati ini.
Minggu kedua
Pada minggu yang kedua ini pula, semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan saya telah mengaplikasikan teknik memberi amaran agar dia tidak melakukannya. Jika dia menjerit lagi, saya akan mendendanya menjerit tanpa henti selama 10 minit. Jadi dia tidak melakukannya lagi kerana takut di denda. Di akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, guru telah memuji Siti Izati kerana tidak menjerit.
Minggu ketiga
Minggu ketiga ini, saya telah melaksanakan pula teknik ’time out’ di mana saya telah meletakkannya di satu sudut di dalam kelas selama 10 minit dan memberitahu tentang kesalahan yang telah dilakukannya. Semasa sesi ’time out’ itu Siti Izati tidak mengendahkan penerangan dan nasihat saya dan masih juga menjerit. Pada hari ini, kekerapan Siti Izati menjerit telah meningkat berbanding dengan minggu kedua. Mungkin teknik ini kurang berkesan untuk diaplikasikan tambahan pula sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran ini, Siti Izati telah dimarahi oleh penyelaras pendidikan khas iaitu Cikgu Norlia kerana dia menjerit-jerit tanpa sebarang sebab.
Minggu keempat.
Pada minggu yang ke empat ini saya telah melaksanakan teknik kehilangan hak di mana saya memaklumkan Siti Izati yang dia tidak akan dibenarkan ke makmal komputer jika dia masih lagi melakukan tingkah laku negatifnya. Siti Izati memang berminat dengan pelajaran ICT kerana gemar bermain games dan mengendalikan komputer. Apabila mendengar saya berkata sedemikian, Siti Izati telah menjaga tingkah lakunya. Di akhir sesi pengajaran dan pembelajaran didapati bahawa hanya sekali sahaja Siti Izati menjerit iaitu sebelum dimaklumkan tentang kehilangan hak ke makmal komputer.
Oleh itu didapati teknik kehilangan hak yang dilakukan untuk modifikasi tingkah laku Siti Izati telah berjaya dan tingkah laku Siti Izati yang suka menjerit semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dapat dikurangkan berbanding dengan minggu pertama pelaksanaan modifikasi tingkah laku ini.

PENGURUSAN BILIK DARJAH
“Saya akui bahawa hasil karya yang disediakan ini adalah hasil ciptaan saya sendiri, bukan diciplak atau diplagiat daripada sumber yang belum atau pernah diterbitkan”.
Tandatangan : .. .…………………………………………………
Nama Penulis : ……………………………………………………
Tarikh : ……………………………………………………
PENGHARGAAN
Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan rahmat dan limpah kurnianya, Kertas Kerja Pendek (KKP) ini akhirnya dapat disempurnakan. Walaupun pada peringkat awal saya mengalami pelbagai masalah dan kesulitan, namun dengan berkat kesabaran dan dedikasi yang ada serta sokongan semua pihak,akhirnya kertas kerja ini dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan.
Terima kasih tidak terhingga kepada En. Syed Hassan bin Abd. Rahman selaku guru pembimbing kerana telah banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar sepanjang proses menyiapkan tugasan ini. Sekalung penghargaan buat guru-guru pendidikan khas di Sekolah Kebangsaan Alai, Melaka yang telah banyak memberi maklumat kepada kami bagi menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa kepada rakan-rakan seperjuangan yang memahami dan sentiasa memberi sokongan setiap masa.
Mudah-mudahan segala sumbangan yang diberikan akan mendapat keberkatan dan keredhaan dari Allah S.W.T. Semoga semuanya mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat. Sekian, Wassalam.
SENARAI KANDUNGAN
HALAMAN PENGAKUAN
PENGHARGAAN
SENARAI KANDUNGAN
1.0 BAHAGIAN 1:
1.1 Pengurusan Rutin Bilik Darjah Program Pendidikan Khas
Integrasi Pembelajaran (PPKIP)
1.1.1 Carta Organisasi PPKIP SK Alai
1.1.2 Jadual Waktu PPKIP
1.1.3 Rekod Kehadiran Murid
1.1.4 Rekod Kesihatan
1.1.5 Contoh surat
1.1.6 Contoh Borang Biodata Kanak-kanak Berkeperluan Khas
1.1.7 Pamphlet PPKIP
1.1.8 Pelan Kedudukan Kelas SK Alai
1.1.9 Gambar Bilik Darjah PPKIP
2.0 BAHAGIAN 2:
2.1 Faktor-faktor yang mempengaruhi pengurusan bilik darjah yang
Berkesan.
3.0 REFLEKSI
BIBLOGRAFI
FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI PENGURUSAN BILIK DARJAH YANG BERKESAN.
Pengurusan bermaksud satu proses mendapatkan penyertaan, kerjasama dan campurtangan ahli untuk mencapai objektif-objektif organisasi atau kumpulan, gerakerjanya termasuk proses merancang, mengelola, memimpin, mengarah dan mengawal. Bilik darjah sebagai tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran, merupakan tempat yang terpenting di sekolah. Keberkesanan sesuatu bilik darjah itu boleh dikaitkan dengan pengurusan bilik darjah yang sempurna. Mengikut W. F. Connell (1981) satu daripada faktor yang boleh membawa kejayaan sesuatu pengajaran itu ialah pengurusan bilik darjah yang berkesan.
Dalam membincangkan tentang pengurusan bilik darjah yang berkesan, tiga faktor utama harus diambil kira iaitu faktor fizikal, faktor kemanusiaan dan faktor teknikal. Faktor-faktor fizikal merangkumi segala bentuk kemudahan dan peralatan yang terdapat di sekolah. Kemudahan dan peralatan sekolah merujuk kepada bangunan sekolah, kemudahan-kemudahan di kawasannya, meja dan kerusi, alatan serta perabot di dalam bilik darjah. Mengikut kajian pakar-pakar penyelidikan, suasana fizikal sekolah yang kondusif menjadi faktor yang penting untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam sekolah. Faktor fizikal sekolah merangkumi suasana fizikal di dalam bilik darjah dan kawasan sekolah.
Satu kajian dilakukan ke atas bilik darjah pendidikan khas di Sekolah Kebangsaan Alai, Melaka didapati suasana fizikal bilik darjah yang boleh meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran ialah bilik darjah yang dilengkapi dengan peralatan asas iaitu papan hitam, papan kenyataan yang dilengkapi dengan jadual waktu, jadual bertugas, carta organisasi, pelan keselamatan, sudut mata pelajaran, sudut bacaan atau rujukan serta kata-kata motivasi. Selain itu susunan meja dan kerusi bilik darjah juga memberi kemudahan kepada murid-murid mengadakan aktiviti pembelajaran berpusatkan murid dan aktiviti berkumpulan. Murid-murid mudah berinteraksi sesama mereka dan mudah berinteraksi dengan guru. Bilik darjah pendidikan khas ini boleh memuatkan 23 orang murid dengan dibahagikan kepada beberapa bahagian kecil iaitu 4 bilik darjah, ruang dapur, ruang alatan permainan, ruang pengurusan diri dan ruangan pentadbiran yang dilengkapi dengan kemudahan komputer dan mesin fotostat ( lihat gambar di bahagian satu).
Suasana bilik darjah seperti ini secara tidak langsung dapat mewujudkan pembudayaan bilik darjah yang kondusif. Hasilnya terjelma daripada suasana yang harmonis, ceria, dan semangat kepada murid dan guru untuk berada lebih lama kerana terasa seolah-olah berada dalam sebuah rumah sendiri, wujudnya perasaan saling bekerjasama dan kekitaan dan semangat berdikari iaitu bersama berusaha memajukan diri dan kumpulan secara kolektif.
Selain daripada faktor fizikal, faktor kemanusiaan juga turut mempengaruhi pengurusan sesuatu bilik darjah. Faktor kemanusiaan boleh dibahagikan kepada dua katogeri iaitu suasana sosial dan suasana emosi. Suasana sosial merujuk kepada perhubungan dan corak interaksi antara murid dengan murid, khasnya di dalam bilik darjah. Murid-murid di dalam sesebuah bilik darjah mempunyai mempunyai latar belakang dan sifat-sifat yang berbeza-beza. Murid yang mempunyai sifat yang pendiam dan pemalu tidak suka bergaul dengan murid yang lain. Mereka biasanya berkawan dengan murid yang mempunyai status sosial yang setaraf. Dari segi pendidikan, perhubungan dan corak interaksi murid dalam sesebuah kelas memang mempengaruhi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran terutamanya semasa aktiviti kumpulan dijalankan. Kebiasaannya murid-murid dapat bekerjasama dikalangan mereka yang mempunyai taraf sosil yang sama atau hampir sama. Justeru itu, guru seharusnya memainkan peranan yang penting dalam memahami tingkah laku dan budaya murid agar keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dapat ditingkatkan.
Suasana emosi merujuk kepada perasaan murid-murid terhadap guru mereka. Guru banyak mempengaruhi tingkahlaku dan corak pembelajaran muridnya. Guru yang berwibawa sentiasa melihat pembelajaran sosial sebagai aspek penting dalam bilik darjah. Guru perlu menunjukkan teladan sebagai seorang professional, membentuk program-program yang bertujuan membangunkan murid, dengan peraturan dan arahan yang jelas, bagi mengurang segala tingkahlaku negatif. Budaya bilik darjah yang dinamis, mementingkan aspek nilai-nilai murni, hubungan yang mesra diantara murid, dan murid dengan guru, budaya belajar yang ceria, menyeronokkan yang menyentuh emosi serta sifat guru yang peramah dan demokratik akan menimbulkan suasana emosi kegembiraan dalam bilik darjah.
Berdasarkan kajian yang dijalankan, jelas memperlihatkan bahawa guru-guru pendidikan khas mempunyai sifat-sifat yang penyayang, sabar, bertimbang rasa, peramah serta menjalankan tugas-tugas dengan adil, bertanggungjawab dan tidak memilih kasih terhadap pelajar-pelajar istimewa ini. Contohnya dapat dilihat apabila guru-guru dengan sabarnya melayan karenah murid-murid yang terdiri daripada pelbagai masalah seperti sindrom down, slow learner, hiperaktif, autisme dan terencat akal ringan.
Selain itu faktor teknikal pula merujuk kepada teknik-teknik yang digunakan untuk merangsang semangat dan kesediaan untuk belajar. Faktor ini merangkumi aspek kemahiran guru, kecekapan penggunaan alat bantu mengajar serta aktiviti-aktiviti yang boleh yang boleh merangsangkan aktiviti pembelajaran seperti pertandingan nyanyian, mewarna, bercerita dan sebagainya. Guru yang mempunyai kemahiran mengajar, serta kebolehan menggunakan pelbagai alat bantu mengajar penting bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Disamping itu aktiviti-aktiviti seperti projek dan pertandingan berunsur akademik pula dapat merangsang semangat belajar murid kerana dengan adanya aktiviti-aktiviti ini murid-murid akan berusaha dengan lebih giat lagi. Sebagai contoh, guru-guru pendidikan khas Sekolah Kebangsaan Alai sentiasa menggunakan pelbagai pendekatan kaedah dalam pengajaran dan pembelajaran seperti melakukan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan, misalnya aktiviti berkebun, memasak dan permainan-permainan yang boleh merangsang minda murid-murid bermasalah ini (rujuk gambar). Disamping mendapat kemahiran yang berguna, mereka juga akan merasa gembira dan tidak bosan untuk datang ke sekolah. Ada kalanya murid tidak memberi perhatian atau berkelakuan di luar daripada nilai-nilai murni yang hendak digarap boleh dilihat berpunca daripada tidak terdapat kesinambungan dalam pelajaran disebabkan persediaan guru dari aspek bahan, peralatan, pengetahuan dan kemahiran yang kurang mantap.
Sebagai kesimpulannya jelas memperlihatkan bahawa, dalam meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran ke peringkat yang optimum, kesemua faktor di atas harus dipertimbangkan. Ini bermakna keberkesanan pengajaran dan pembelajaran bukan sahaja bergantung kepada bagaimana sekolah mengorganisasikan kemudahan-kemudahan yang terdapat di bilik darjah atau kawalan emosi murid-murid tetapi juga bergantung kepada sifat dan daya guru mengajar, serta kecekapan dan kemahirannya dengan penggunaan alat bantu mengajar dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
REFLEKSI
Pada 24-28.3.2008 dan 7-11.4.2008 saya dan dua orang rakan sekelas telah menjalani latihan Pembelajaran Berasaskan Sekolah (PBS) di kelas pendidikan khas,Sekolah Kebangsaan Alai. Kami telah diberikan satu tugasan Kerja Kursus Pendek (KKP) bagi memenuhi mata pelajaran Ilmu Pendidikan. Tajuknya adalah berkaitan dengan pengurusan bilik darjah. Semasa menjalankan tugasan ini, kami membuat pemerhatian ke atas kelas pendidikan khas. Aspek yang diperhatikan adalah dari segi perancangan, pengelolaan, pengawalan dan arahan guru dalam kelas tersebut.
Hari pertama mendaftar di kelas pendidikan khas, hati terasa berdebar-debar kerana ini adalah pengalaman saya yang pertama berhadapan dengan kanak-kanak istimewa yang terdiri dari pelbagai katogeri iaitu slow learner, autisme, sindrom down, hiperaktif dan terencat akal minima. Namun setelah beberapa hari bersama mereka, kami dapat memahami tingkahlaku dan keperluan mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kanak-kanak ini diasingkan kepada empat kelas berdasarkan tahap kebolehan mereka dalam pelajaran.
Berdasarkan pengurusan kelas yang telah kami perhatikan, kami berpendapat bahawa guru pendidikan khas di sekolah tersebut mampu mewujudkan suasana kelas yang kondusif dengan menyusun kerusi meja yang memudahkan pergerakan murid. Papan kenyataan juga dilengkapi dengan pelbagai bahan atau maklumat serta lukisan-lukisan yang menceriakan suasana kelas tersebut. Namun begitu apa yang mendukacitakan ialah saiz bilik darjah yang agak sempit serta sistem pencahayaan dan pengudaraan yang kurang baik menjadikan suasana kelas agak panas.
Setelah selesai melakukan tugasan ini, kami lebih menyedari tentang keperluan murid-murid pendidikan khas dan peranan guru dalam pengurusan bilik darjah. Komunikasi dan gaya kepimpinan guru membawa kepada keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Hati kami tersentuh apabila mengenangkan murid-murid menangis apabila diberi motivasi oleh salah seorang guru pendidikan khas berkaitan dengan salah laku salah seorang daripada mereka. Walaupun mereka terdiri daripada kanak-kanak istimewa, namun mereka mengerti apabila diberi nasihat dan dorongan oleh guru mereka.
Sebagai kesimpulan, tugasan ini menyedarkan kami bahawa sebagai seorang guru pendidikan khas, kita perlu sentiasa bersabar dengan karenah murid-murid serta sentiasa peka kepada keperluan dan kehendak naluri kanak-kanak tersebut.
BIBLOGRAFI
Kamaruddin Haji Husin. (1997). Dinamika Sekolah dan Bilik Darjah. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
Mok Soon Sang. (2008). Ilmu Pendidikan Untuk KPLI. Subang Jaya: Kumpulan Budiman SDN BHD.
Mok Soon Sang. (1997). Pedagogi 1 Pengurusan Bilik Darjah. Subang Jaya: Kumpulan Budiman SDN BHD.
----------------------. Pengurusan Bilik Darjah. (Dalam Portal Utusan Malaysia). Kuala Lumpur: Utusan Malaysia (M) Berhad. Http://www.tutor.com.my.
Kemudahan Fotostat

Selain daripada faktor fizikal, faktor kemanusiaan juga turut mempengaruhi pengurusan sesuatu bilik darjah.

ILMU PENDIDIKAN KHAS
DEFINISI PENDIDIKAN KHAS
Ø Pendidikan disediakan untuk memenuhi keperluan kanak-kanak bekerperluan khas (Hallohan & Kauffan 2006)
Ø Program pengajaran khusus yang direka bentuk untuk memenuhi keperluan pelajar luar biasa.ia mungkin memerlukan penggunaan bahan-bahan peralatan dan kaedah pengajaran yang khusus (Garguito 2003)
Ø Pengajaran yang direka bentuk khusus bagi memenuhi keperluan kanak-kanak yang kurang upaya.pengajaran ini mungkin dijalankan di bilik darjah ,rumah,hospital atau institusi lain.(Friend 2005)
Ø Usaha yang berterusan bagi menggalakkan pengembangan optima seseorang sebagai yang berkemahiran ,berhaluan,berupaya,beriman,berdikari,mampu merancang dan menguruskan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai individu dalam ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras Falsafah Pendidikan Negara (Mansor 2005)
KONSEP PENDIDIKAN
Ø Murid pendidikan khas adalah murid-murid yang memiliki cirri-ciri khusus yang menghalang mereka untuk mengikuti pembelajaran seperti murid-murid normal.
Ø Kekurangan atau kelemahan dari aspek kesihatan fizikal,mental,deria,emosi dan tingkahlaku menjuruskan mereka dalam katogeri bermasalah pembelajaran.
Ø Oleh itu mereka memerlukan satu kaedah pendidikan yang sesuai bagi memenuhi keperluan mereka
RUMUSAN DEFINISI ATAU KONSEP PENDIDIKAN KHAS
Pendidikan khas beerti program yang dirancang khusus untuk memenuhi pelbagai keperluan murid-murid khas,pengajaran dan pembelajaran.program ini menggunakan teknik yang bersesuaian dengan murid-murid khas.program pendidikan khas bertujuan mendidik dan membentuk murid-mrid melalui perkembangan mental,kestabilan emosi,dan integrasi social.program ini dilaksanakan oleh guru-guru terlatih khas dengan menggunakan kurikulum khas.pendekatan pelbagai disiplin digunakan untuk mendapatkan khidmat sokongan mengikut keperluan murid-murid khas.
FALSAFAH PENDIDIKAN KHAS
Pendidikan khas di Malaysia adalah satu usaha berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran,berhaluan,berupaya,beriman,berdikari,mampu merancang dan menjuruskan kehidupan serta menjadi potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.
VISI PENDIDIKAN KHAS(matlamat)
Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada murid-murid berkeperluan khas kea rah kecemerlangan hidup sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara.
MISI (untuk mencapai matlamat)
Menyediakan pendidikan yang berkualiti kepada murid-murid berkerperluan khas untuk menjadikan mereka INSAN yang dapat berdikari,Berjaya dalam hidup dan memberikan sumbangan bakti kepada masyarakat dan Negara.
AKTA PENDIDIKAN KHAS
Laporan Jawatan Kuasa Kabinet 1979-1984
Perakuan 169 Laporan Jawatankuasa Kabinet lahir ekoran daripada Perakuan Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia pada tahun 1984.laporan ini diperkukuhkan lagi oleh “Deklorasi Dunia tentang Pendidikan untuk semua” 1990 yang dibuat di Tomtien Thailand.lanjutan ini lahirlah seksyen 41 daripada Akta Pendidikan 1996.
AKTA PENDIDIKAN KHAS
Akta pendidikan 1961 disemak semula dan digantikan dengan Akta Pendidikan 1996.satu sebab khusus mengenai Pendidikan Khas telah dimasukkan dalam akta tersebut yang menyarankan bahawa:
40.Menteri hendaklah mengadakan pendidikan teras di sekolah khas yang ditubuhkan di bawah perenggan 34(1) (b) atau dimana-mana sekolah rendah atau menengah yang difikirkan oleh menteri sesuai manfaat.
4.1.1 tertakluk kepada sebab seksyen (2) dan (3) menteri boleh melalui peraturan peraturan menerapkan:
a) Tempoh pengajian rendah dan menengah yang sesuai dengan keperluan murid yang menerima pendidikan khas.
b)kurikulum yang hendak digunakan berhubung dengan pendidikan khas.
C)katogeri murid-murid yang memerlukan pendidikan khas dan kaedah yang sesuai bagi pendidikan murid dalam setiap katogeri sekolah khas dan
d)apa-apa perkara yang difikirkan oleh menteri suaimanfaat atau perlu bagi maksud topic ini.
Seksyen 40 dan 41 dalam akta 1996 dilihat oleh pelbagai pihak sebagai era baru dalam dunia pendidikan khas kerana menteri pelajaran dikehendaki membuka kelas jika ada permintaan dalam masyarakat.akta ini juga memperuntukkan tempoh persekolahan dan kandungan kurikulum untuk keperluan pendidikan khas.amalan pada masa ini kerana kanak-kanak berkeperluan khas dibenarkan bersekolah sehingga umur 19 tahun.

Subscribe to:
Posts (Atom)