Friday, November 7, 2008

ILMU PENDIDIKAN KHAS

DEFINISI PENDIDIKAN KHAS
Ø Pendidikan disediakan untuk memenuhi keperluan kanak-kanak bekerperluan khas (Hallohan & Kauffan 2006)
Ø Program pengajaran khusus yang direka bentuk untuk memenuhi keperluan pelajar luar biasa.ia mungkin memerlukan penggunaan bahan-bahan peralatan dan kaedah pengajaran yang khusus (Garguito 2003)
Ø Pengajaran yang direka bentuk khusus bagi memenuhi keperluan kanak-kanak yang kurang upaya.pengajaran ini mungkin dijalankan di bilik darjah ,rumah,hospital atau institusi lain.(Friend 2005)
Ø Usaha yang berterusan bagi menggalakkan pengembangan optima seseorang sebagai yang berkemahiran ,berhaluan,berupaya,beriman,berdikari,mampu merancang dan menguruskan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai individu dalam ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras Falsafah Pendidikan Negara (Mansor 2005)
KONSEP PENDIDIKAN
Ø Murid pendidikan khas adalah murid-murid yang memiliki cirri-ciri khusus yang menghalang mereka untuk mengikuti pembelajaran seperti murid-murid normal.
Ø Kekurangan atau kelemahan dari aspek kesihatan fizikal,mental,deria,emosi dan tingkahlaku menjuruskan mereka dalam katogeri bermasalah pembelajaran.
Ø Oleh itu mereka memerlukan satu kaedah pendidikan yang sesuai bagi memenuhi keperluan mereka
RUMUSAN DEFINISI ATAU KONSEP PENDIDIKAN KHAS
Pendidikan khas beerti program yang dirancang khusus untuk memenuhi pelbagai keperluan murid-murid khas,pengajaran dan pembelajaran.program ini menggunakan teknik yang bersesuaian dengan murid-murid khas.program pendidikan khas bertujuan mendidik dan membentuk murid-mrid melalui perkembangan mental,kestabilan emosi,dan integrasi social.program ini dilaksanakan oleh guru-guru terlatih khas dengan menggunakan kurikulum khas.pendekatan pelbagai disiplin digunakan untuk mendapatkan khidmat sokongan mengikut keperluan murid-murid khas.
FALSAFAH PENDIDIKAN KHAS
Pendidikan khas di Malaysia adalah satu usaha berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran,berhaluan,berupaya,beriman,berdikari,mampu merancang dan menjuruskan kehidupan serta menjadi potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

VISI PENDIDIKAN KHAS(matlamat)
Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada murid-murid berkeperluan khas kea rah kecemerlangan hidup sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara.

MISI (untuk mencapai matlamat)
Menyediakan pendidikan yang berkualiti kepada murid-murid berkerperluan khas untuk menjadikan mereka INSAN yang dapat berdikari,Berjaya dalam hidup dan memberikan sumbangan bakti kepada masyarakat dan Negara.

AKTA PENDIDIKAN KHAS
Laporan Jawatan Kuasa Kabinet 1979-1984
Perakuan 169 Laporan Jawatankuasa Kabinet lahir ekoran daripada Perakuan Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia pada tahun 1984.laporan ini diperkukuhkan lagi oleh “Deklorasi Dunia tentang Pendidikan untuk semua” 1990 yang dibuat di Tomtien Thailand.lanjutan ini lahirlah seksyen 41 daripada Akta Pendidikan 1996.

AKTA PENDIDIKAN KHAS
Akta pendidikan 1961 disemak semula dan digantikan dengan Akta Pendidikan 1996.satu sebab khusus mengenai Pendidikan Khas telah dimasukkan dalam akta tersebut yang menyarankan bahawa:
40.Menteri hendaklah mengadakan pendidikan teras di sekolah khas yang ditubuhkan di bawah perenggan 34(1) (b) atau dimana-mana sekolah rendah atau menengah yang difikirkan oleh menteri sesuai manfaat.
4.1.1 tertakluk kepada sebab seksyen (2) dan (3) menteri boleh melalui peraturan peraturan menerapkan:
a) Tempoh pengajian rendah dan menengah yang sesuai dengan keperluan murid yang menerima pendidikan khas.
b)kurikulum yang hendak digunakan berhubung dengan pendidikan khas.
C)katogeri murid-murid yang memerlukan pendidikan khas dan kaedah yang sesuai bagi pendidikan murid dalam setiap katogeri sekolah khas dan
d)apa-apa perkara yang difikirkan oleh menteri suaimanfaat atau perlu bagi maksud topic ini.

Seksyen 40 dan 41 dalam akta 1996 dilihat oleh pelbagai pihak sebagai era baru dalam dunia pendidikan khas kerana menteri pelajaran dikehendaki membuka kelas jika ada permintaan dalam masyarakat.akta ini juga memperuntukkan tempoh persekolahan dan kandungan kurikulum untuk keperluan pendidikan khas.amalan pada masa ini kerana kanak-kanak berkeperluan khas dibenarkan bersekolah sehingga umur 19 tahun.

No comments: