Friday, November 7, 2008

PENGURUSAN BILIK DARJAH

“Saya akui bahawa hasil karya yang disediakan ini adalah hasil ciptaan saya sendiri, bukan diciplak atau diplagiat daripada sumber yang belum atau pernah diterbitkan”.

Tandatangan : .. .…………………………………………………
Nama Penulis : ……………………………………………………
Tarikh : ……………………………………………………




PENGHARGAAN

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan rahmat dan limpah kurnianya, Kertas Kerja Pendek (KKP) ini akhirnya dapat disempurnakan. Walaupun pada peringkat awal saya mengalami pelbagai masalah dan kesulitan, namun dengan berkat kesabaran dan dedikasi yang ada serta sokongan semua pihak,akhirnya kertas kerja ini dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan.

Terima kasih tidak terhingga kepada En. Syed Hassan bin Abd. Rahman selaku guru pembimbing kerana telah banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar sepanjang proses menyiapkan tugasan ini. Sekalung penghargaan buat guru-guru pendidikan khas di Sekolah Kebangsaan Alai, Melaka yang telah banyak memberi maklumat kepada kami bagi menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa kepada rakan-rakan seperjuangan yang memahami dan sentiasa memberi sokongan setiap masa.

Mudah-mudahan segala sumbangan yang diberikan akan mendapat keberkatan dan keredhaan dari Allah S.W.T. Semoga semuanya mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat. Sekian, Wassalam.






SENARAI KANDUNGAN

HALAMAN PENGAKUAN
PENGHARGAAN
SENARAI KANDUNGAN

1.0 BAHAGIAN 1:
1.1 Pengurusan Rutin Bilik Darjah Program Pendidikan Khas
Integrasi Pembelajaran (PPKIP)
1.1.1 Carta Organisasi PPKIP SK Alai
1.1.2 Jadual Waktu PPKIP
1.1.3 Rekod Kehadiran Murid
1.1.4 Rekod Kesihatan
1.1.5 Contoh surat
1.1.6 Contoh Borang Biodata Kanak-kanak Berkeperluan Khas
1.1.7 Pamphlet PPKIP
1.1.8 Pelan Kedudukan Kelas SK Alai
1.1.9 Gambar Bilik Darjah PPKIP

2.0 BAHAGIAN 2:
2.1 Faktor-faktor yang mempengaruhi pengurusan bilik darjah yang
Berkesan.

3.0 REFLEKSI

BIBLOGRAFI







FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI PENGURUSAN BILIK DARJAH YANG BERKESAN.

Pengurusan bermaksud satu proses mendapatkan penyertaan, kerjasama dan campurtangan ahli untuk mencapai objektif-objektif organisasi atau kumpulan, gerakerjanya termasuk proses merancang, mengelola, memimpin, mengarah dan mengawal. Bilik darjah sebagai tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran, merupakan tempat yang terpenting di sekolah. Keberkesanan sesuatu bilik darjah itu boleh dikaitkan dengan pengurusan bilik darjah yang sempurna. Mengikut W. F. Connell (1981) satu daripada faktor yang boleh membawa kejayaan sesuatu pengajaran itu ialah pengurusan bilik darjah yang berkesan.

Dalam membincangkan tentang pengurusan bilik darjah yang berkesan, tiga faktor utama harus diambil kira iaitu faktor fizikal, faktor kemanusiaan dan faktor teknikal. Faktor-faktor fizikal merangkumi segala bentuk kemudahan dan peralatan yang terdapat di sekolah. Kemudahan dan peralatan sekolah merujuk kepada bangunan sekolah, kemudahan-kemudahan di kawasannya, meja dan kerusi, alatan serta perabot di dalam bilik darjah. Mengikut kajian pakar-pakar penyelidikan, suasana fizikal sekolah yang kondusif menjadi faktor yang penting untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam sekolah. Faktor fizikal sekolah merangkumi suasana fizikal di dalam bilik darjah dan kawasan sekolah.

Satu kajian dilakukan ke atas bilik darjah pendidikan khas di Sekolah Kebangsaan Alai, Melaka didapati suasana fizikal bilik darjah yang boleh meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran ialah bilik darjah yang dilengkapi dengan peralatan asas iaitu papan hitam, papan kenyataan yang dilengkapi dengan jadual waktu, jadual bertugas, carta organisasi, pelan keselamatan, sudut mata pelajaran, sudut bacaan atau rujukan serta kata-kata motivasi. Selain itu susunan meja dan kerusi bilik darjah juga memberi kemudahan kepada murid-murid mengadakan aktiviti pembelajaran berpusatkan murid dan aktiviti berkumpulan. Murid-murid mudah berinteraksi sesama mereka dan mudah berinteraksi dengan guru. Bilik darjah pendidikan khas ini boleh memuatkan 23 orang murid dengan dibahagikan kepada beberapa bahagian kecil iaitu 4 bilik darjah, ruang dapur, ruang alatan permainan, ruang pengurusan diri dan ruangan pentadbiran yang dilengkapi dengan kemudahan komputer dan mesin fotostat ( lihat gambar di bahagian satu).

Suasana bilik darjah seperti ini secara tidak langsung dapat mewujudkan pembudayaan bilik darjah yang kondusif. Hasilnya terjelma daripada suasana yang harmonis, ceria, dan semangat kepada murid dan guru untuk berada lebih lama kerana terasa seolah-olah berada dalam sebuah rumah sendiri, wujudnya perasaan saling bekerjasama dan kekitaan dan semangat berdikari iaitu bersama berusaha memajukan diri dan kumpulan secara kolektif.

Selain daripada faktor fizikal, faktor kemanusiaan juga turut mempengaruhi pengurusan sesuatu bilik darjah. Faktor kemanusiaan boleh dibahagikan kepada dua katogeri iaitu suasana sosial dan suasana emosi. Suasana sosial merujuk kepada perhubungan dan corak interaksi antara murid dengan murid, khasnya di dalam bilik darjah. Murid-murid di dalam sesebuah bilik darjah mempunyai mempunyai latar belakang dan sifat-sifat yang berbeza-beza. Murid yang mempunyai sifat yang pendiam dan pemalu tidak suka bergaul dengan murid yang lain. Mereka biasanya berkawan dengan murid yang mempunyai status sosial yang setaraf. Dari segi pendidikan, perhubungan dan corak interaksi murid dalam sesebuah kelas memang mempengaruhi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran terutamanya semasa aktiviti kumpulan dijalankan. Kebiasaannya murid-murid dapat bekerjasama dikalangan mereka yang mempunyai taraf sosil yang sama atau hampir sama. Justeru itu, guru seharusnya memainkan peranan yang penting dalam memahami tingkah laku dan budaya murid agar keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dapat ditingkatkan.

Suasana emosi merujuk kepada perasaan murid-murid terhadap guru mereka. Guru banyak mempengaruhi tingkahlaku dan corak pembelajaran muridnya. Guru yang berwibawa sentiasa melihat pembelajaran sosial sebagai aspek penting dalam bilik darjah. Guru perlu menunjukkan teladan sebagai seorang professional, membentuk program-program yang bertujuan membangunkan murid, dengan peraturan dan arahan yang jelas, bagi mengurang segala tingkahlaku negatif. Budaya bilik darjah yang dinamis, mementingkan aspek nilai-nilai murni, hubungan yang mesra diantara murid, dan murid dengan guru, budaya belajar yang ceria, menyeronokkan yang menyentuh emosi serta sifat guru yang peramah dan demokratik akan menimbulkan suasana emosi kegembiraan dalam bilik darjah.

Berdasarkan kajian yang dijalankan, jelas memperlihatkan bahawa guru-guru pendidikan khas mempunyai sifat-sifat yang penyayang, sabar, bertimbang rasa, peramah serta menjalankan tugas-tugas dengan adil, bertanggungjawab dan tidak memilih kasih terhadap pelajar-pelajar istimewa ini. Contohnya dapat dilihat apabila guru-guru dengan sabarnya melayan karenah murid-murid yang terdiri daripada pelbagai masalah seperti sindrom down, slow learner, hiperaktif, autisme dan terencat akal ringan.

Selain itu faktor teknikal pula merujuk kepada teknik-teknik yang digunakan untuk merangsang semangat dan kesediaan untuk belajar. Faktor ini merangkumi aspek kemahiran guru, kecekapan penggunaan alat bantu mengajar serta aktiviti-aktiviti yang boleh yang boleh merangsangkan aktiviti pembelajaran seperti pertandingan nyanyian, mewarna, bercerita dan sebagainya. Guru yang mempunyai kemahiran mengajar, serta kebolehan menggunakan pelbagai alat bantu mengajar penting bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Disamping itu aktiviti-aktiviti seperti projek dan pertandingan berunsur akademik pula dapat merangsang semangat belajar murid kerana dengan adanya aktiviti-aktiviti ini murid-murid akan berusaha dengan lebih giat lagi. Sebagai contoh, guru-guru pendidikan khas Sekolah Kebangsaan Alai sentiasa menggunakan pelbagai pendekatan kaedah dalam pengajaran dan pembelajaran seperti melakukan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan, misalnya aktiviti berkebun, memasak dan permainan-permainan yang boleh merangsang minda murid-murid bermasalah ini (rujuk gambar). Disamping mendapat kemahiran yang berguna, mereka juga akan merasa gembira dan tidak bosan untuk datang ke sekolah. Ada kalanya murid tidak memberi perhatian atau berkelakuan di luar daripada nilai-nilai murni yang hendak digarap boleh dilihat berpunca daripada tidak terdapat kesinambungan dalam pelajaran disebabkan persediaan guru dari aspek bahan, peralatan, pengetahuan dan kemahiran yang kurang mantap.

Sebagai kesimpulannya jelas memperlihatkan bahawa, dalam meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran ke peringkat yang optimum, kesemua faktor di atas harus dipertimbangkan. Ini bermakna keberkesanan pengajaran dan pembelajaran bukan sahaja bergantung kepada bagaimana sekolah mengorganisasikan kemudahan-kemudahan yang terdapat di bilik darjah atau kawalan emosi murid-murid tetapi juga bergantung kepada sifat dan daya guru mengajar, serta kecekapan dan kemahirannya dengan penggunaan alat bantu mengajar dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.


















REFLEKSI

Pada 24-28.3.2008 dan 7-11.4.2008 saya dan dua orang rakan sekelas telah menjalani latihan Pembelajaran Berasaskan Sekolah (PBS) di kelas pendidikan khas,Sekolah Kebangsaan Alai. Kami telah diberikan satu tugasan Kerja Kursus Pendek (KKP) bagi memenuhi mata pelajaran Ilmu Pendidikan. Tajuknya adalah berkaitan dengan pengurusan bilik darjah. Semasa menjalankan tugasan ini, kami membuat pemerhatian ke atas kelas pendidikan khas. Aspek yang diperhatikan adalah dari segi perancangan, pengelolaan, pengawalan dan arahan guru dalam kelas tersebut.

Hari pertama mendaftar di kelas pendidikan khas, hati terasa berdebar-debar kerana ini adalah pengalaman saya yang pertama berhadapan dengan kanak-kanak istimewa yang terdiri dari pelbagai katogeri iaitu slow learner, autisme, sindrom down, hiperaktif dan terencat akal minima. Namun setelah beberapa hari bersama mereka, kami dapat memahami tingkahlaku dan keperluan mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kanak-kanak ini diasingkan kepada empat kelas berdasarkan tahap kebolehan mereka dalam pelajaran.

Berdasarkan pengurusan kelas yang telah kami perhatikan, kami berpendapat bahawa guru pendidikan khas di sekolah tersebut mampu mewujudkan suasana kelas yang kondusif dengan menyusun kerusi meja yang memudahkan pergerakan murid. Papan kenyataan juga dilengkapi dengan pelbagai bahan atau maklumat serta lukisan-lukisan yang menceriakan suasana kelas tersebut. Namun begitu apa yang mendukacitakan ialah saiz bilik darjah yang agak sempit serta sistem pencahayaan dan pengudaraan yang kurang baik menjadikan suasana kelas agak panas.

Setelah selesai melakukan tugasan ini, kami lebih menyedari tentang keperluan murid-murid pendidikan khas dan peranan guru dalam pengurusan bilik darjah. Komunikasi dan gaya kepimpinan guru membawa kepada keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Hati kami tersentuh apabila mengenangkan murid-murid menangis apabila diberi motivasi oleh salah seorang guru pendidikan khas berkaitan dengan salah laku salah seorang daripada mereka. Walaupun mereka terdiri daripada kanak-kanak istimewa, namun mereka mengerti apabila diberi nasihat dan dorongan oleh guru mereka.

Sebagai kesimpulan, tugasan ini menyedarkan kami bahawa sebagai seorang guru pendidikan khas, kita perlu sentiasa bersabar dengan karenah murid-murid serta sentiasa peka kepada keperluan dan kehendak naluri kanak-kanak tersebut.























BIBLOGRAFI

Kamaruddin Haji Husin. (1997). Dinamika Sekolah dan Bilik Darjah. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Mok Soon Sang. (2008). Ilmu Pendidikan Untuk KPLI. Subang Jaya: Kumpulan Budiman SDN BHD.

Mok Soon Sang. (1997). Pedagogi 1 Pengurusan Bilik Darjah. Subang Jaya: Kumpulan Budiman SDN BHD.

----------------------. Pengurusan Bilik Darjah. (Dalam Portal Utusan Malaysia). Kuala Lumpur: Utusan Malaysia (M) Berhad. Http://www.tutor.com.my.
















Kemudahan Fotostat



Suasana bilik darjah seperti ini secara tidak langsung dapat mewujudkan pembudayaan bilik darjah yang kondusif. Hasilnya terjelma daripada suasana yang harmonis, ceria, dan semangat kepada murid dan guru untuk berada lebih lama kerana terasa seolah-olah berada dalam sebuah rumah sendiri, wujudnya perasaan saling bekerjasama dan kekitaan dan semangat berdikari iaitu bersama berusaha memajukan diri dan kumpulan secara kolektif.

Selain daripada faktor fizikal, faktor kemanusiaan juga turut mempengaruhi pengurusan sesuatu bilik darjah.

No comments: